Monday, August 10, 2015

Assalamualaikum..

Blog itu apa?


Kalau kuih pasti basi!

Thursday, July 17, 2014

Siapa Kita?

Assalamualaikum...

Sehari dua ni kita terkesan.. sgt terkesan sebenarnya dengan FENOMENA Kiki & steering lock. Benar kata blogger Keri,bila scroll down facebook dah susah nak baca updates from gaza.. sebab dipenuhi dengan perkongsian tak sudah tentang kes kiki.

Memang benar,dan tak dinafikan kalau aku ditempat kejadian tu pun tentu dah tenang diazankan cik kiki tu,tapi itulah lumrah dan fitrahnya kita manusia. Bukan kerana aku berpihak padanya.BUKAN. Kerana ada terdetik sedikit simpati dalam hati ini melihatkan video,gambar dan segala maklumat beliau menjadi viral di internet. Subahanallah..

Berbalik kita pada fitrahnya manusia ni. BENAR, dia itu bertudung,dia itu islam,dia itu wanita. Tapi harus kita ingat,dia juga manusia seperti kita. Tiada siapa yang SEMPURNA dalam dunia ini. Ketika itu dia juga diuji Allah. Dan bezanya adalah dia tewas dalam amarah dan egonya sbg manusia.

Aku tidak mahu bicara panjang kerana kita boleh fikir dengan matang. Sampai bila dia akan dibahan? Dendam,dengki,itu jugabukan ajaran agama kita. Sama2 kita belajar memaafkan. Agar ianya menjadi tauladan pada kita. Dan perlu kita ingat, kita juga mungkin akan diuji nanti.

"Tak mungkin aku akan kurang ajar macam tu"

JANGAN kita terlalu yakin. Kita tak pasti apa akan jadi akan datang. Jika bukan kita mungkin ahli keluarga,sahabat atau sesiapa saja akan mengalaminya. Jadi, Sudahlah penyebaran segala macam berkaitan beliau. LAgipun permohonan maaf sudah dibuat. Semoga beliau diberikan pengajaran melalui kes ini,dan berubah menjadi lebih baik akan datang. Begitu juga dengan kita.

Ada masanya riak itu ada dalam tidak sedar. Sombong itu ada dalam kita tidak peduli.

Muhasabah diri, biar terlebih memaafkan,jangan terkurang mohon maaf.

Sama samalah kitaterus mendoakan saudara kita di dalam dan luar negara.

#prayforgaza

Friday, July 4, 2014

AGAIN

Assalamualaikum...

Terkadang bosan mengeluh sendiri.. hey dah berabad baru nampak post sekali. Nawaitu tak kesampaian. Bila tak terurus mula menyalahkan masa walhal aku sendiri yang leka.

Biarlah cuba kembali berjinak semula. Kerana blog ni yang mengisi hari-hari aku yang sunyi.
Berblogwalking itu sudah lama tak dibuat.
Jiran tetangga masih tidak sempat dilawat.

Itulah putarannya, ada masa aku berimaginasi di alam maya, ada masa aku menghadapi realitinya.

Again..again and again. Tak salah kalau terus mencuba biar xberjaya asal tak putus asa.

Salam ramadhan semua!

Saturday, March 29, 2014

SUNYI

Assalamualaikum

Hidup ni terkadang terasa sunyi
Bila berkawan dihalang
Bila berkenalan terhalang

Ampunkan aku tuhan
Bukan aku mengeluh
Tapi aku hanya terfikir mengapa

Sifatku tidak mempercayai yang lain
Kerana mereka sama
Hadir seketika hilang selamanya

Terkadang rasa bagaikan berdiri sendiri
Dalam lautan manusia tetap sendiri
Mujur KAU ada.
Aku bertemankan-Mu
Dan akan kurindu bertemu -Mu

Ikhlaskan aku
Redhakan aku

Wednesday, March 26, 2014

PRAY

Assalamualaikum

Saat aku terlena dibuai malam,
Kau pasti berzikir di tali gantung,
Bibirmu menitip doa tanpa henti,
Saat akhirmu meniti perjuangan di dunia.

Ya Ikhwan Muslimin,
Kau berjihad, kau dikata jahat
Kau berjuang, tapi kau dihalang
Kerana kau si pejuang agama

Si biadap telah menghukum
Si kuffar tertawa sinis
Si musyrikin bermimpi indah
Namun kau redha demi Islam mu

Aku tidak mampu mengangkat senjata
Aku tidak mampu berjuang bersama
Aku tidak mampu seperti kamu, kamu Dan kamu...

Namun aku saudaramu. Ku doakan agar kamu tenang disana. Jihadmu abadi, cintamu hakiki. Allahuakbar!
#prayforegypt529

Sunday, March 23, 2014

RINDU

Assalamualaikum.

Melayan rasa hati buatkan aku rindu. Rindu pada insan yang telah lama tinggalkan aku.

Mak... Dah terlalu lama bibir ni tak memanggil nama tu. Kalau dulu...

"Mak,nak itu."
"Mak, nak beli ni"
"Mak,Mak,Mak.."

Semua dengan Mak. Tapi tu dulu. Ketika naifnya aku dalam mengenal dunia. Degilnya aku pada matanya. Tapi dia Tak pernah mengeluh. Dia memang emak terbaik.

Saat rindu begini, hanya doa menjadi penghubung kita. Mungkin sudah jarang kubawakan kuntuman mawar untukmu. 

Namun Ku doakan moga kau aman disana..
I love you.. I miss you... Al-fatihah..

Thursday, March 20, 2014

HATI SI IBU

Lebatnya hujan membuat aku tersandar kebasahan. Motor aku parkir tidak jauh dari kedai runcit. Aku duduk menanti agar hujan kembali reda.

"Ibu, nak ni! Nak ni!"

Jeritan si kecil mematikan lamunan aku seketika. Aku menoleh...

Ah.. Si anak mahukan makanan ringan. Si Ibu melangkah lemah. Raut wajahnya kelihatan sugul. Aku perhati lagi..

"Dik, ibu tak bawa duit" sambil berkata perlahan dia menguis nguis isi dompetnya.

Hampa terlihat dari riak mukanya.

Melihat si anak sudah merengek, diturutkan jua kehendak si anak..namun si ibu masih mencari sesuatu.

Aku tampil berhampiran mereka. Sekeping duit ku salamkan pada si ibu. Matanya memandang tepat ke arahku.

Akhirnya dia tersenyum. Aku membalas sekilas. Mungkin pemberian itu tidak banyak, tapi Ku harap dia boleh tersenyum lega. Aku tahu, pasti ingin juga diturutkan kehendak si anak.

Aku kembali bersandar. Tersenyum melihat langkah kedua insan tadi pergi.

Ya Allah, kurniakan lah rezekimu dan lindungilah mereka.. Amin..

HIDUP

Assalamualaikum...

Kita dikurniakan akal untuk berfikir. Yang mana hak Dan batil.

Dalam kehidupan, pastinya kita mencari yang terbaik.. Yang terbaik itu pula bukanlah mudah untuk mencarinya.

Begitu juga dalam pergaulan. Ungkapan pengaruh rakan sebaya itu sudah terlalu jelek bila didengari.

Jika mati dengan pengaruh dadah, pengambilan dadah berlebihan.. Dan bla..bla..bla.. Siapa yang disalahkan?

Ya, memang rakan Dan pengaruh rakan itu besar impactnya. Tapi pucuk pangkalnya dari mana datangnya rakan tu?

Tuhan berikan kita akal untuk memilih Dan berfikir. Ya.. Sejenak cuma ambillah masa untuk menilai. Bukan terlalu memilih, tapi rakan adalah cermin diri kita.

Jangan nanti kesalnya pada diri, malunya pada keluarga. Jauhi yang mudarat.. Jauhi yang tidak bermanfaat..

Hidup ini entahkan bila penghujungnya. Kita takkan pernah lari dari kesilapan, kealpaan.. Namun perlulah kita ingat kita
juga tidak mampu dan tidak akan dapat lari Dari malaikat maut. Mati akan menjemput bila² masa sahaja.

Peringatan pada diri sendiri juga membuatkan aku menulis sebegini. Terkadang mengenang dosa lalu membuatkan aku dihantui kekesalan..

Syukur tuhan temukan aku dengan insan yang banyak membantu Dan mengajar aku ke jalan yang benar.. Setidaknya mereka menjadi 'alarm' andaikata aku terlena dan terleka seketika..

Wednesday, March 19, 2014

HUJAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama merasa teriknya mentari siang, bahangnya sampai ke malam.. Hujan mulai bertamu di sini...

Boleh dikatakan hujan kali ni bagaikan melepaskan rindunya di bumi Allah ini. Saban hari titisan hujan bagai menitip rasa yang telah lama tersimpan..

Aku sukakan hujan. Benar, waktu beginilah waktu yg baik untuk berdoa..

Ya Allah, syukur kupanjatkan. Kepada kalian, sabarlah.. Mungkin ada yang mengeluh, ada yang tidak gembira.. Tapi yakinlah rahmatnya hujan itu sentiasa ada..

Tuesday, March 18, 2014

NYATA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih ada lagi nawaitu untuk menulis di blog ni. Aku mohon maaf pada follower sebab dah Tak pernah nak update..

Nyatanya memang kesibukan duniawi ni membuatkan aku Tak sempat nak berkongsi bends menarik DLL.

Mungkin tidak seagresif dahulu. Tapi rasa menulis ITU masih ada.. Insya Allah aku Cuba lagi.. Kerana hakikatnya menulis ITU juga adalah luahan idea Dan rasa diri ni.

Aku bukan sasterawan, aku cuma penulis suka suki. Terlalu banyak untuk dikongsi tapi masa agak sukar dicuri.

Jika masih ada yang follow, terima kasih...