Tuesday, July 2, 2013

Travel: Bangkok, Thailand

Assalamualaikum...

Sawadikaaaa..

Kapal terbang selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport, Bangkok. Perjalanan ke Bangkok takde lah lama sangat, dalam 1 jam 45 minit. Sempat lah tengok cerita melayu yang Farid Kamil berlakon tu. Ngam-ngam mendarat habis satu cerita.

Bermula di airport, kami dijemput oleh Mr. Sam. Tourist guide kami kat sana. Orangnya baik dan sangat mesra. Lepas keluar dari airport kami terus menuju ke masjid berdekatan. Mr Sam tahu kami ni orang Islam jadi dia bawa terus ke masjid untuk solat.

Menuju ke Hotel, mulanya kami dimaklumkan ke Miramar Hotel. Namun atas beberapa kesilapan teknikal, kami terpaksa berjalan sedikit ke hadapan menuju ke Hotel Grandeville. Ok, hotel sangat selesa. Best...



Sebenarnya hotel kedua ni lagi best dari yang pertama...hehe

Sepanjang perjalanan dalam bas tu, benda yang best adalah public transport dekat Thailand. Teksi, bus dan tuk tuk... Teksi comey-comey dengan color pink, kuning.. menarik.. Bila tengok dari atas banyak teksi berkumpul dah macam mainan pon ada...

Tudiaa... Pink kaler gitu... Aweks2 sila naik ye... 

Yang ni plak Yellow ... kadang-kadang tengok yang kuning hijau tu macam Brazil pon ada...

dan ini... tuk-tuk yang tak mengerti erti undang-undang jalan raya.. kalau dia jalan memang laju.. dan biasa bagi diorang ni crossway.. yang bestnya cilok sana sini macam tak de penumpang...

The best part ,time jalan ke tourist centre. Naik boat... Sambil naik tu aku sempat jugak bagi ikan makan... Dan ada jugak orang yang menjual macam-macam kat atas sungai tu.. Floating Market namanya...


Ni uncle yang jual sampan comel-comel tu...

Sempat la jugak tengok candi ni...

Ni nbest... kreatif sangat... tapi tak sempat beli time ni.. next time maybe...

Malam di China Town.... Busy betulll

Bayar 60 baht menaiki tuk-tuk yang gila laju ni buat kitorang sakit pinggang.haha... credit to model : Abid, Alip dan Kak Ain...

Tujuan utama gi China Town ni sebenarnya nak rasa durian kat sini...

Durian..sangat besar... tapi aku suka lagi durian Malaysia.. 


Durian+Pulut+Pelam... Ni makanan yang kitorg cuba rasa... Aku makan durian ngan pelam je.pulut tu kurang minat...

Jalan tak sah kalau tak shoping kan... This is.. MBK Mall... tempat yang best untuk shoping. Atas Naraya. Kalau nak tempat harga ok-ok sila ke tingkat 6 ya...

Susah nak carik makanan halal kat sini.. nasib baik ada satu level kat mall ni yang sediakan halal food.. Kali ni pekena tomyam Koong dengan Chili Prawn Rice. Harga agak mahal... tapi rasa sedap lagi Malaysia... Makanan yang best biasalah TOMYAM...

Sebelum balik, sambar sikit jajan dari Bangkok... Terbaek...

Ada lagi beberapa tempat yang dituju... Tapi cukuplah.. Seminggu dekat Bangkok buat rasa rindu je nak air bersih kat Malaysia ni... Dan seperti biasa masalah utama adalah toilet.... Botol air sentiasa dibawa ke toilet
itu adalah biasa...

See you next time... 

Kap Kun Ka....

Mr Sam our tourist guide n Julie... Ni ambik kat airport masa nak balik... daaaa









Friday, April 19, 2013

AKU PUNYA SEORANG BAPA


Aku tahu entry ini sangat panjang... Aku tidak memaksa agar mata kecil kamu dan kamu membacanya...

Kadangkala,
Aku perlu berlari untuk melihat siapa berada dibelakangku. Siapa yang akan mengejarku.
Sukar untuk menjawab "Apa masalahnya?" bila segalanya tiada masalah.

Kerana,
Aku sudah penat mencuba..penat menangis..Namun aku masih terus tersenyum. Jika waktu kecilku, menangis mungkin adalah jawapan untuk segalanya. Tapi, kini aku sudah besar dan menangis bukan lagi menjadi jawapan untuk segala persoalan. Ianya hanyalah satu pilihan. Pilihan untuk menangis. Mungkin satu hari nanti segalanya akan kembali pulih. Hanya itu yang aku mahu. Aku tidak kisah, aku hanya mahukan ia menjadi "ok".

Kadangkala,
Aku terasa sudah tiba masa untuk aku berhenti mencuba pabila ia hanya mengundang kesakitan yang mendalam untuk terus bertahan. Dan aku tidak mampu menangungnya lagi..

Kerana,
Mereka sering katakan aku sentiasa bahagia dan aku sudah buat yang terbaik dalam segala hal. Sejujurnya mereka tidak tahu aku juga pelakon yang terbaik. Tidak semestinya aku inginkan bahagia selamanya. Aku hanya mahu berhenti dari keserabutan ini. Memadai walau seketika.

Kadangkala,
Ia amat menyakitkan untuk tersenyum dihadapan semua orang. Padahal saat menangis itu pasti bersendirian. Untung aku punya Allah. Aku masih ada Allah. Aku masih boleh mengadu dan aku masih boleh bermohon.

Kerana,
Aku tidak tahu apa yang aku mahukan sebenarnya. Dalam kehidupan. Apa yang aku tahu, aku sudah menyakiti begitu banyak hati-hati manusia di luar sana. Semua itu membuatkan titisan air mata mengalir ke pipi.  Yang selama ini aku cuba lari dari semua itu dan cuba untuk sembunyikannya, namun akhirnya tetap ia jatuh ke bumi.

Kadangkala,
Aku terasa sunyi di dunia ini. Ada ketika aku seakan berdiri sendirian apabila orang lain sedang duduk. Dan mereka tidak lekang memandangku sambil soalan diaju kepadaku "Apa masalah dia ni?". 

Kerana,
Aku mengerti perasaan itu. Ibarat berjalan di jalanan kosong. Hanya mendengar derap kaki melangkah sendiri. Sunyi. Gelap dan Kelam. Dan semua pintu terkunci. Walhal aku tidak pasti apakah aku berjalan menuju sesuatu. Atau hanya berjalan meninggalkan sesuatu.

Kadangkala,
Aku sering dipandang sinis oleh mereka. Ada ketika mereka memperlekeh usahaku. Namun aku tetap tersenyum. 

Kerana,
Aku hanya berusaha. melaksana tanggungjawab aku meniti hari dan memikul tugas sebagai seorang insan bernama anak. Mungkin aku tidak sempat berbakti kepada kedua  ibu bapa. Tapi aku diberi peluang untuk berbakti kepada bapa selagi hayat ini ada.

Mungkin aku menjadi asing pada mereka. Mungkin aku dipersalahkan dalam segala hal. Namun aku masih punya perasaan. Hati kecil ini hanya merasa perih. Aku tolak segalanya ke tepi. Ini pilihanku untuk meletakkan diri sendiri dibawah nilai kemasyarakatan yang semakin pupus. 

Biar aku tidak mewah, asal aku ada insan yang aku sayangi. Aku hanya punya seorang bapa. Ia tidak akan pernah menjadi dua atau tiga. Yang pasti ianya mungkin akan tiada dan pergi selamanya. Cukuplah ketika ibu pergi aku leka bergembira di luar sana. Aku lupa ibu perlukan aku disisinya. Akhirnya aku sendiri menanggung rasa bersalah sepanjang hidupku. Ibu pergi tanpa aku sedia. Tanpa aku rela. Takdir menyadarkan aku bertapa aku leka disaat aku muda remaja.

Kini Allah tinggalkan bapa untuk aku. Hanya bapa. Aku bersyukur, kerana Dia masih berikan aku peluang sekali lagi. Amanah yang tertangguh selama ini. Kerana aku yakin aku dikurniakan kekuatan untuk berkhidmat dan berbakti kepada bapa. 

Mungkin mudah untuk orang berkata aku sudah dewasa. Aku bisa membuat jalan hidupku sendiri. Tapi bagi aku, masih ada perkara yang belum aku tunaikan. Tidak akan kaki ini melangkah pergi meninggalkan bapa sendirian. Ya, memang dia punya teman tapi masih jelas beda antara teman dan darah daging sendiri.

Akhirnya aku tahu ini pilihan aku. Sekeping kertas bernilai puluhan ribu ringgit aku tolak ketepi. Aku sematkan rapi dan simpan ditempatnya. Biarkan ia disitu. Itu tidak lagi menjadi kepentingan. Biar ilmu itu disimpan di dada dan diguna bila-bila masa sepanjang hidupku. Dulu ,baju lusuh dan seluar gombal yang dipakai oleh bapa. Kini aku cuba memakai pakaian itu. Sama sepertinya saat dia membesarkan anak-anak hanya dengan kudratnya.Aku tidak ukur saiz kakinya. Tapi aku juga cuba untuk memakai kasutnya.Kini baru aku mengerti penat jerih dia memerah keringat mambanting tulang berkorban waktu demi memperjuangkan hidup anak-anak. 

Aku harus dan akan terus ingat. Aku masih punya seorang bapa. Perlahan akan aku ringankan bebannya. Perlahan akan aku senangkan fikirannya Perlahan akan aku cuba mendamaikan dia.

Hari ini aku sedar, bila aku lihat dia bermenung baru aku tahu Bapa sudah tua. Wajahnya sudah mula berubah bentuk. Namun dia tetap tersenyum. kadangkala dia mengeluh sendirian. Dia sudah tidak kuat berjalan. Dia sudah tidak kuat angkat barang. Dia sudah tidak kuat makan. Dia juga sudah tidak kuat memikirkan beban hidupnya. Kadangkala dia lupa dimana dia meletakkan itu dan ini. Kadangkala aku tersentuh melihat dia tidak respon pada panggilan dan bunyi. Pendengaran dia turut dimamamah usia. Benar, bapa sudah tua.

Biar apa orang kata, aku hanya ada satu jawapan. Iaitu " Aku punya seorang Bapa". Selagi aku diberikan usia, selagi bapa masih bernyawa aku akan berbakti kepadanya. Aku sudah sering berdosa kepadanya. Aku  terlalu banyak kecilkan hatinya. Biar kini aku membalas budinya.Biar aku hiburkan hari-harinya. Mungkin satu hari nanti anak ini akan pergi, aku hanya ingin dia tahu aku terlalu menyayanginya.  Kerana dia seorang bapa dan aku seorang anak. Moga segalanya diredhai. Moga segalanya diberkati. Aku akan terus berusaha. Aku akan terus bersamanya. Insya Allah... Semoga dipermudah segala urusan duniawi ini dan ukhrawi nanti. Ibu, aku akan jaga bapa... Aku akan jaga dia.. 



"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil."



Thursday, April 4, 2013

T.A.T.I.H

Sewaktu kecil, ibu yang banyak mengajar kita berjalan.

TATIH...

Itu ayat yang sering didengar hampir setiap hari... Tak penat si ibu memanggil anak kecilnya untuk bertatih. Setiap kali nampak si anak ingin berjalan, si ibu sedia menunggu dihadapan. Dengan tangan yang didepakan untuk mendakap si anak yang datang kepadanya. Dia terus tersenyum menanti penuh harapan.

SETAPAK... DUA TAPAK...

Si anak tersungkur di dakapan ibu. Ibu setia di hadapan si anak. Hinggalah si anak mampu melangkah lebih jauh. Sudah mampu untuk berjalan dan berpaut pada dinding serta kerusi meja. Itulah saatnya anak kecil ini sudah mula "mengemas" rumah. Kadangkala ada barang kesayangan ibu yang pecah jatuh ke lantai kerana si anak ingin bertatih. Tapi ibu tetap tersenyum. Tidak kisahkan semua itu. Asalkan si anak tidak terluka dan tidak terjatuh.

IBU....IBU...

Akhirnya si anak sudah bisa berjalan dan berlari. Dengan memanggil nama ibu, mereka terus menuju ke arah ibu. Tiba masa si anak sudah pandai berkayuh basikal. Kadangkalanya si anak juga tidaklah sekuat mana. Tatkala riang gembira mereka juga boleh terjatuh. Saat itu hanya ibu yang berlari kepada mereka.

"Anak ibu kuat... Jangan nangis sayang.."

Kata-kata ibu menjadi ubat terbaik buat si anak. Pedihnya luka terasa sejuk, dakapan ibu menenangkan jiwa kecil itu.

KINI...

Ibu semakin melewati masa tuanya.Garisan senyuman yang dilihat berpuluh tahun lamanya masih kelihatan di balik kedut wajahnya. Anak yang dulunya kecil kini sudah besar. Anak yang dulunya hanya berbasikal kini sudah berkereta mewah.

TAPI...

Mana nama ibu? Mana teriakan gembira si anak memanggil ibu? Ibu sudah tua, ibu sudah tidak mampu berjalan. Jika dulu ibu tabah dan sabar menatih si anak untuk berjalan, kini ibu pula yang seakan menatih sendirian.

Berjam lamanya si ibu menanti si anak di perhentian bas. Dengan tekak yang dahaga, ibu hanya mampu meneguk air yang di bawa di dalam botol. Melihat kehadiran si anak, ibu tersenyum.

"Itu anak ibu..."

Namun kereta diparkir jauh dari ibu. Ibu termangu sendirian. Namun dia tahu dia perlu berjalan ke sana. Menuju anaknya.

NAMUN...

Saat ibu yang tua itu berjalan, si anak hanya duduk di dalam kereta. Berpeluk tubuh dan merengus sendirian.

"Cepatlah! Lambat betul!"

Teriakan itu mematikan langkah si ibu. Namun senyuman masih terukir walaupun agak kelat diwajah.
Si ibu semakin mepercepatkan langkah, tidak mahu anak menanti terlalu lama.

Si anak masih bersikap dingin. Kerana menanti ibu yang membuatkan dia sedikit terlewat mengejar waktu.

BILA DI RUMAH

Ibu sudah tidak kuat. Ibu berjalan dan berpaut. Ada ketika ibu terlanggar pasu bunga milik si anak. Hanya jerkahan yang hinggap di telinga tua itu. Berkali-kali si ibu memohon maaf. Hanya jelingan tajam diberikan si anak.. Mungkin pasu buatan luar negara itu sangat bernilai buatnya.

"Menyusahkan!"

Itu sahaja luahan hati si anak. Membuatkan ibu berfikir kembali. Apakah kehadirannya hanya menambah beban pada si anak? Kini kata2 si anak menjadi racun pada hati ibu. Biarpun tidak terluka ibu tetap merasa pedih!

Demi anak, ibu sendirian pulang ke kampung. Tidak perlu dihantar kerana dia tahu anaknya sibuk bekerja siang dan malam.

Ketiadaan ibu dirumah membuatkan si anak berangin. Hilang tanpa khabar.

"Menyusahkan!" sekali lagi rungutan si anak.

Semalaman mencari ibu tiada dijumpa. Si anak kembali ke rumah.. Kelihatan satu sampul surat putih di atas meja. Perlahan sampul itu dibuka.

Berpuluh helaian duit kertas RM50. Dan tertulis satu nota untuk si anak.

"MAAFKAN IBU. IBU PULANG KE KAMPUNG.MAAFKAN IBU NAK."

Berulang kali kata maaf ditulis. Walaupun ibu sudah tua, dia masih mampu menulis. Dia masih berfikiran waras. Dan ibu masih menyayangi si anak. lebih dari dirinya sendiri.

Ibu sudah pulang. Aman hidup si anak. Tiada lagi ibu bertanya itu dan ini yang sering membuatkan hatinya panas.

NAMUN KALI INI

Hati anak bagai tidak keruan. Hanya wajah ibu terbayang di fikiran. Lantas segera pulang ke kampung. Saat tiba di rumah ibu, kenangan lama kembali menghantui. Di halaman rumah itu ibu menatih dirinya. TIdak lekang mengajar si anak berjalan. Tapi di mana ibu?

SETAPAK.... DUA TAPAK ...

Si anak tersungkur di hadapan ibu. Seperti waktu kecilnya. Cuma bezanya kali ini ibu sudah tidak mampu mendepa dada dan mendakapnya. Kerana ibu sudah pergi.... Pergi selamanya....

Inikah yang kau mahukan wahai anak? Jika dulu ibumu sering menatih kamu, apakah kamu mampu menjadi sepertinya? Sabar menunggu? Apakah barang berharga kamu itu lebih berharga dari air mata ibu? Ibu sudah pergi, lihat kembali apa yang ditulis ibumu?

"IBU MAAFKAN KAMU.IBU PULANG KE KAMPUNG. IBU MAAFKAN KAMU NAK.."

Ego kamu membutakan mata kamu. Perasaan bongkak kamu membuatkan kamu lupa siapa kamu.

Ingatlah anak, tanpa ibu tiadalah kamu. Tidaklah kamu berjaya ketika ini. Lihatlah, ibu memeluk baju ketika kamu kecil, bertapa dia merindui anak kecilnya dulu....

Wednesday, January 16, 2013

Semasa: Listen! Listen! Listen

Assalamualaikum.

Usai aku menonton video berkaitan LISTEN yang sedang hangat diperkatakan. Boleh lihat video di SINI

Bukan perihal menyokong yang mana dan siapa, Bukan jugak aku nak pertikaikan tentang pendidikan percuma. Cuma melalui pandangan aku, mengapa soalan itu tidak dijawab dengan cara yang lebih elok? Ok jika dikatakan yang menyoal agak lantang, mengapa harus dibalas dengan kelantangan?

BAWANI KS. Aku suka bila dia menyuarakan soalannya dengan beberapa fakta yang diselitkan. Mungkin beliau rajin membuat research. Even sesetengah orang mempertikaikan kenapa beliau tidak menyebut UK atau negara lain. mengapa negara seperti CUBA yang disebut. Walhal dia cuma tanya dan suarakan apa yang dia mahukan. Itu hak bersuara bagi seorang mahasiswa. Dia juga pasti mahukan penjelasan, bukan usiran.

MISS LISTEN: Kenapa perlu mencelah soalan yang ditalukan dengan cara sebegitu. bercerita tentang respect, anda perlu lebih respect pada Mahasiswa tersebut. Apakah benar dia tidak mampu menjawab? And why dia perlu memperkecilkan si Bawani? Aku tak racist, tak kira bangsa apa tapi mana respectnye? Ok LISTEN LISTEN LISTEN! Mahasiswa hanya perlukan jawapan bagi persoalan yang bermain di fikiran mereka, jadi mengapa tidak dijawab persoalan tu? Berdiri megah ibarat tahu segalanya, lantang bersuara namun tidak menjawab persoalan. Dimana "professional" nya? Atleast bg ruang untuk mahasiswa itu bersuara dulu.

Pelajar diajar untuk belajar. jadi ELDER ni kenalah mengajar. Bukan menghentam. Maaflah aku agak kurang senang dengan orang yang bertindak sedemikian. Dalam sepenuh2 dewan hanya sorang yang berani bangkit bersuara. Yang lain hanya bertepuk tangan, ada jugak yang terlongo entah apa yang dibincangkan.

Jika begini berterusan, rasanya ada berapa lagi mahasiswa yang berani tampil untuk diLISTENkan? Sapa dok berani lawan kata-kata seorang president? Jadi please RESPECT. Siapapun anda anda kena LISTEN RESPECT.

Sekadar ulasan. Harap maaf yang tak berkenan.

Monday, January 14, 2013

Satu Pandangan : Gadget dan Komunikasi

Assalamualaikum

Baru-baru ni, aku duduk diam membisu walhal aku bukan bisu di sebuah restoran. Sementara menanti pesanan makanan, aku terlihat sebuah family A melangkah masuk ke dalam restoran. Masing-masing tersenyum dan berbual-bual antara mereka. Ada yang bergurau senda lantas mereka ambil tempat duduk tidak jauh dari aku. Aku senyum, ada yang membalas. Adik-adik kecik dah tersengih-sengih je kat situ.

Lima minit kemudian....

Akhirnya sampai jugak pesanan air aku. HOLO panas. (dalam ertikata sebenar Horlicks + Milo). Sekali lagi ada sebuah family B yang tidak jauh bezanya dari yang tadi. Mereka masuk ke dalam restoran namun dalam keadaan berbeza. Masing-masing tertunduk. Dari yang dewasa hingga yang kanak-kanak. Aku musykil, aku pun tak rasa diorang ni tahanan yang larikan diri aritu. kenapa perlu tunduk? Mereka juga ambil tempat di meja bersebelahan aku. Owh rupa-rupanya diorang pegang gadget masing2. Hmm... ada ipad, iphone, psp, handphone dan lain-lain. (pc je aku tak nampak.)

15 minit kemudian....

Penat lah tunggu, baru sampai makanan. Nasi Goreng Udang pepai (belasah udang sesekali walaupun alergic) Sambil aku makan aku perhatikan  dua family tadi.

FAMILY A: Bila makanan sampai, si bapa jemput anak-anaknya makan. Yang bersembang dan bergelak ketawa tadi terus menikmati hidangan. Ada yang tolong ambilkan lauk untuk yang lain dan ada juga yang disuap. Rasa macam sedap diorang makan ramai-ramai. Ada juga yang mengangguk-angguk mungkin mengatakan makanan disitu sedap. Terserlah satu ikatan kekeluargaan yang sungguh akrab disitu.

Aku beralih melihat sebelah...

FAMILY B: Bila makanan sampai masing-masing diam membisu. masih tertunduk seperti tadi. Tak ada suara-suara sumbang yg tengah berbual atau sebagainya. Ada ketika aku tengok si ayah makan tapi kejap-kejap seakan menulis-nulis di hpnya. Mungkin berbalas sms atau email. Si abang pulak tersenyum sorang-sorang dengan menunjal-nunjal skrin Handphone dia. Si kakak pulak tidak kurang beza dari si abang. Laju mengalahkan typist yang tengah buat keje. Dan adik-adik pulak sibuk main game di Psp dia. kadang-kadang menumbuk meja seolah-olah tidak puas hati. Mungkin tengah main game KOF duk lawan-lawan pastu kalah. Nampak sangat tak hebat. Tengok diorang makan pun tak berapa best macam yang tadi. Kejap pegang sudu kejap pegang Handphone.

Aku fokus balik mengupas kulit udang. NGap! Harap-harap tak bengkak esok. Haha...

Jadi dari sini aku cuma dapat sikit view... dua jenis family yang sgt berbeza. Tapi aku terfikir, apakah kemodenan dan kecanggihan yang menjadi dalang perbezaan itu?

Dan aku terfikir apa yang dibicarakan oleh mereka:

Keluar asap kepul-kepul....


FAMILY A:
Method Use: Face to face

Ayah: Makanlah, ayah tempah khas untuk anak-anak ayah.
Ibu : Pandai Abang pilih tempat, sedap makanan kat sini. Terima kasih ye bang.
Abang: Sedap betul ni yah, abang nak ikan tu... (sambil tunjuk pada hidangan ikan sweet sour)
Kakak: Bagi akak sikit, nak rasa...
Adik adik kecik: (Diam sebab kena sumbat makanan dalam mulut dengan si ibu. Lagipun dia budak kecik lagi.)

FAMILY B:
Method use: Face to book... (FB)

Status Ayah: Today bawak anak bini pi makan kat .......( 1 Like 1 Comment itupun ibu yang komen)
Status Ibu : Hubby bawak g makan, tak payah masak lah arini.. yeyyy (3 Like No Komen)
Status Abang: Dinner! (Si Kakak Komen: Oi makan lah. Main FB je tau nye...)
Status Kakak : Dinner dengan my Family. Ummm... nak makan apew ek? (Abang Komen: Kan dah order tadi, lagi mau tanya)
Adik: Mati! Adohaaiii Mati lagi! (Jerit tak puas hati. Kesian budak ni)

Jadi kalau tanya aku, aku suka tengok Family A ni. Simple and masih ada ciri-ciri klasik dalam family tu. Kalau yang B aku tak berapa gemar sebab kurang komunikasi. Sudahnya nak suap pun update status. Itu yang jadinya suram je dekat meja makan. Liking-liking poking-poking je dekat FB.

Aku tak salahkan gadget, aku tak salahkan orang lain. Itu hak individu, tapi apapun bagi aku, Family FIRST.... Sekadar satu pandangan. Bukan kritikan. Dan keakraban dalam keluarga itu sangat utama. Sekian ...


Saturday, January 12, 2013

Makin Pupus

Assalamualaikum...

Sudah beribu tahun dinasour pupus, tapi kita masih kenal macam mana wajah kacak sang dinasour. Tapi rasanya macam dah setahun blog ni hampir pupus, entahkan orang-orang diluar masih kenal atau tidak wajah manis tuan empunya blog...

Ada masanya blog dianaktirikan, dan ada masanya aku rindukan jugak blog ni.

Ada masanya aku hanya jadi stalker di blog kawan-kawan.. walhal blog sendiri tak dijenguk.

Ada masanya laptop ni pon jarang dibuka.

Mungkin blog ni makin pupus, tapi aku harap tidak. Moga satu hari nanti dapat lagi kembali dalam dunia blog ni.

Sekian.