Wednesday, January 16, 2013

Semasa: Listen! Listen! Listen

Assalamualaikum.

Usai aku menonton video berkaitan LISTEN yang sedang hangat diperkatakan. Boleh lihat video di SINI

Bukan perihal menyokong yang mana dan siapa, Bukan jugak aku nak pertikaikan tentang pendidikan percuma. Cuma melalui pandangan aku, mengapa soalan itu tidak dijawab dengan cara yang lebih elok? Ok jika dikatakan yang menyoal agak lantang, mengapa harus dibalas dengan kelantangan?

BAWANI KS. Aku suka bila dia menyuarakan soalannya dengan beberapa fakta yang diselitkan. Mungkin beliau rajin membuat research. Even sesetengah orang mempertikaikan kenapa beliau tidak menyebut UK atau negara lain. mengapa negara seperti CUBA yang disebut. Walhal dia cuma tanya dan suarakan apa yang dia mahukan. Itu hak bersuara bagi seorang mahasiswa. Dia juga pasti mahukan penjelasan, bukan usiran.

MISS LISTEN: Kenapa perlu mencelah soalan yang ditalukan dengan cara sebegitu. bercerita tentang respect, anda perlu lebih respect pada Mahasiswa tersebut. Apakah benar dia tidak mampu menjawab? And why dia perlu memperkecilkan si Bawani? Aku tak racist, tak kira bangsa apa tapi mana respectnye? Ok LISTEN LISTEN LISTEN! Mahasiswa hanya perlukan jawapan bagi persoalan yang bermain di fikiran mereka, jadi mengapa tidak dijawab persoalan tu? Berdiri megah ibarat tahu segalanya, lantang bersuara namun tidak menjawab persoalan. Dimana "professional" nya? Atleast bg ruang untuk mahasiswa itu bersuara dulu.

Pelajar diajar untuk belajar. jadi ELDER ni kenalah mengajar. Bukan menghentam. Maaflah aku agak kurang senang dengan orang yang bertindak sedemikian. Dalam sepenuh2 dewan hanya sorang yang berani bangkit bersuara. Yang lain hanya bertepuk tangan, ada jugak yang terlongo entah apa yang dibincangkan.

Jika begini berterusan, rasanya ada berapa lagi mahasiswa yang berani tampil untuk diLISTENkan? Sapa dok berani lawan kata-kata seorang president? Jadi please RESPECT. Siapapun anda anda kena LISTEN RESPECT.

Sekadar ulasan. Harap maaf yang tak berkenan.

11 comments:

Unknown said...

wah,kak yong serius semacam derr..siap la korang..min siam dtg back up ;)

anyway, min siam pun sependapat, yg si kak pah listen tu patut bg peluang cik bawani tu habiskan dulu apa dia nk cakap.nmpk sangat cik pah listen tu sorang yg x boleh trima pndapat org lain..dia rasa dia dah ckp bagus,rasa dah berilmu sangat.dan paling utama,cik pah listen tu tak faham apa maksud 'respect'.bodoh tak bleh nak diajar..sian dia...hehe

sekian ulasan min siam. (^__^)

Keri said...

femes betul makcik listen ni skang. jadi fenomena. cakap x serupa bikin ini olang

nhdaughter said...

tahu takpe...tak paham kenapa ada oang sebegini,aisyhh ~

Unknown said...

saya setuju ..

Unknown said...

saya setuju ..

Azhafizah MN said...

yg penting respect each others.

daun sirsak ace max said...

ya prinsfi seseorang tuh memang beda2

cara mengobati kelenjar tiroid said...

hmm, setuju juga saya

Anonymous said...

Hello all, here every one is sharing these kinds of know-how,
so it's good to read this webpage, and I used to go to see this blog daily.


Also visit my web site - website ()

oakleyses said...

coach factory, air max, nike shoes, louis vuitton outlet online, michael kors, kate spade handbags, louboutin, gucci outlet, nike free, nike roshe run, toms shoes, air max, polo ralph lauren outlet, longchamp handbags, burberry outlet online, jordan shoes, nike free, cheap michael kors, louis vuitton handbags, coach outlet store, coach outlet, nike air max, michael kors outlet online, tiffany and co, ray ban sunglasses, true religion, ray ban, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, true religion outlet, tory burch outlet, air jordan, oakley sunglasses, prada handbags, chanel handbags, nike air max, longchamp outlet, coach purses, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors, kate spade outlet, louboutin, polo ralph lauren outlet, michael kors outlet online, oakley sunglasses, prada outlet, michael kors handbags clearance

Anonymous said...

If some onne desires to bee updated with newest technologies afterward
he must be pay a visit this web site and be up to date
everyday.

my page; elite fitness