Thursday, April 4, 2013

T.A.T.I.H

Sewaktu kecil, ibu yang banyak mengajar kita berjalan.

TATIH...

Itu ayat yang sering didengar hampir setiap hari... Tak penat si ibu memanggil anak kecilnya untuk bertatih. Setiap kali nampak si anak ingin berjalan, si ibu sedia menunggu dihadapan. Dengan tangan yang didepakan untuk mendakap si anak yang datang kepadanya. Dia terus tersenyum menanti penuh harapan.

SETAPAK... DUA TAPAK...

Si anak tersungkur di dakapan ibu. Ibu setia di hadapan si anak. Hinggalah si anak mampu melangkah lebih jauh. Sudah mampu untuk berjalan dan berpaut pada dinding serta kerusi meja. Itulah saatnya anak kecil ini sudah mula "mengemas" rumah. Kadangkala ada barang kesayangan ibu yang pecah jatuh ke lantai kerana si anak ingin bertatih. Tapi ibu tetap tersenyum. Tidak kisahkan semua itu. Asalkan si anak tidak terluka dan tidak terjatuh.

IBU....IBU...

Akhirnya si anak sudah bisa berjalan dan berlari. Dengan memanggil nama ibu, mereka terus menuju ke arah ibu. Tiba masa si anak sudah pandai berkayuh basikal. Kadangkalanya si anak juga tidaklah sekuat mana. Tatkala riang gembira mereka juga boleh terjatuh. Saat itu hanya ibu yang berlari kepada mereka.

"Anak ibu kuat... Jangan nangis sayang.."

Kata-kata ibu menjadi ubat terbaik buat si anak. Pedihnya luka terasa sejuk, dakapan ibu menenangkan jiwa kecil itu.

KINI...

Ibu semakin melewati masa tuanya.Garisan senyuman yang dilihat berpuluh tahun lamanya masih kelihatan di balik kedut wajahnya. Anak yang dulunya kecil kini sudah besar. Anak yang dulunya hanya berbasikal kini sudah berkereta mewah.

TAPI...

Mana nama ibu? Mana teriakan gembira si anak memanggil ibu? Ibu sudah tua, ibu sudah tidak mampu berjalan. Jika dulu ibu tabah dan sabar menatih si anak untuk berjalan, kini ibu pula yang seakan menatih sendirian.

Berjam lamanya si ibu menanti si anak di perhentian bas. Dengan tekak yang dahaga, ibu hanya mampu meneguk air yang di bawa di dalam botol. Melihat kehadiran si anak, ibu tersenyum.

"Itu anak ibu..."

Namun kereta diparkir jauh dari ibu. Ibu termangu sendirian. Namun dia tahu dia perlu berjalan ke sana. Menuju anaknya.

NAMUN...

Saat ibu yang tua itu berjalan, si anak hanya duduk di dalam kereta. Berpeluk tubuh dan merengus sendirian.

"Cepatlah! Lambat betul!"

Teriakan itu mematikan langkah si ibu. Namun senyuman masih terukir walaupun agak kelat diwajah.
Si ibu semakin mepercepatkan langkah, tidak mahu anak menanti terlalu lama.

Si anak masih bersikap dingin. Kerana menanti ibu yang membuatkan dia sedikit terlewat mengejar waktu.

BILA DI RUMAH

Ibu sudah tidak kuat. Ibu berjalan dan berpaut. Ada ketika ibu terlanggar pasu bunga milik si anak. Hanya jerkahan yang hinggap di telinga tua itu. Berkali-kali si ibu memohon maaf. Hanya jelingan tajam diberikan si anak.. Mungkin pasu buatan luar negara itu sangat bernilai buatnya.

"Menyusahkan!"

Itu sahaja luahan hati si anak. Membuatkan ibu berfikir kembali. Apakah kehadirannya hanya menambah beban pada si anak? Kini kata2 si anak menjadi racun pada hati ibu. Biarpun tidak terluka ibu tetap merasa pedih!

Demi anak, ibu sendirian pulang ke kampung. Tidak perlu dihantar kerana dia tahu anaknya sibuk bekerja siang dan malam.

Ketiadaan ibu dirumah membuatkan si anak berangin. Hilang tanpa khabar.

"Menyusahkan!" sekali lagi rungutan si anak.

Semalaman mencari ibu tiada dijumpa. Si anak kembali ke rumah.. Kelihatan satu sampul surat putih di atas meja. Perlahan sampul itu dibuka.

Berpuluh helaian duit kertas RM50. Dan tertulis satu nota untuk si anak.

"MAAFKAN IBU. IBU PULANG KE KAMPUNG.MAAFKAN IBU NAK."

Berulang kali kata maaf ditulis. Walaupun ibu sudah tua, dia masih mampu menulis. Dia masih berfikiran waras. Dan ibu masih menyayangi si anak. lebih dari dirinya sendiri.

Ibu sudah pulang. Aman hidup si anak. Tiada lagi ibu bertanya itu dan ini yang sering membuatkan hatinya panas.

NAMUN KALI INI

Hati anak bagai tidak keruan. Hanya wajah ibu terbayang di fikiran. Lantas segera pulang ke kampung. Saat tiba di rumah ibu, kenangan lama kembali menghantui. Di halaman rumah itu ibu menatih dirinya. TIdak lekang mengajar si anak berjalan. Tapi di mana ibu?

SETAPAK.... DUA TAPAK ...

Si anak tersungkur di hadapan ibu. Seperti waktu kecilnya. Cuma bezanya kali ini ibu sudah tidak mampu mendepa dada dan mendakapnya. Kerana ibu sudah pergi.... Pergi selamanya....

Inikah yang kau mahukan wahai anak? Jika dulu ibumu sering menatih kamu, apakah kamu mampu menjadi sepertinya? Sabar menunggu? Apakah barang berharga kamu itu lebih berharga dari air mata ibu? Ibu sudah pergi, lihat kembali apa yang ditulis ibumu?

"IBU MAAFKAN KAMU.IBU PULANG KE KAMPUNG. IBU MAAFKAN KAMU NAK.."

Ego kamu membutakan mata kamu. Perasaan bongkak kamu membuatkan kamu lupa siapa kamu.

Ingatlah anak, tanpa ibu tiadalah kamu. Tidaklah kamu berjaya ketika ini. Lihatlah, ibu memeluk baju ketika kamu kecil, bertapa dia merindui anak kecilnya dulu....

8 comments:

Unknown said...

huhu..rasa nk nanges baca ni..kak yong ni wlupun jrg2 update,sekali update terus menggemparkan dunia gangnam..ehh silap,gangster...

kisah yg amat perlu dbaca oleh para anak2 sedunia utk di ambil iktibar..jgn sesekali lupakn mak bapak... :)

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah rndu mak kaklimah :(

Mr. Doctor said...

penulis novel ka ni? Haish ni yang rasa nak balik kampung ni.. Err.. Part yang anak jatuh basikal tu.. Tetiba teringat ayat "Saya Ok! Saya dah besar" =P

dalamcantik.com said...


salam, sy sedang mencari editor sambilan untuk upload artikel di blog saya jika minat boleh inform tq.

email : dalamcantik@gmail.com
http://www.dalamcantik.com/


Unknown said...

Min siam: haha biasa lah kita dah jrg bermaya2 ni... jarang dpt hapdate..

Kak limah: samalah, rindu mak jgk ni...

mr doctor: hehe memang ayat biasa kalau jatuh beskal kan

Keri said...

Baca cerita ni buat aku rasa nak pulang ke kmpung skang jugak.
terbaikla susunan ayat tu. mantap.
tapi mana cerita tahi ajaib?

Unknown said...

keri: cerita tahi ajaib dah tergendala.. tgklah update blog pon setahun sekali. bahan2 dah takde buat aku hilang semangat je.haha

Azhafizah MN said...

ibu takkan ade penggantinya.hargainye mereka.