Monday, January 30, 2012

Rumahku Syurgaku

ASSALAMUALAIKUM....

BILA TENGOK NURDANI (si pakar excel) MEMBUAT SATU BINAAN RUMAH YANG SANGAT..PERGH! MANTOP...TOP TOP.. MAKA MULALAH AKU TERINGAT NAK LUKISKAN DESIGN RUMAH JUGAK... GUNA EXCEL.. KALAU DANI BUAT BAHAGIAN LUAR RUMAH, AKU BUAT DALAM RUMAH..AKU TAK TAU LAH NAK KOMEN APE..  YANG PENTING LEPAS LUKISH2 AKU RELEASE.... HEHE MACAM LA STRESS SANGAT. 

DIPENDEKKAN CERITA.. RUMAH ITU KAN RUMAH... EH BUKAN, RUMAHKU SYURGAKU BIASANYA ORANG SEBUT... JADI AKU PUN NAK RUMAH SENDIRI.. NAK CANTIK2... TAPI TAK PANDAI NAK BUAT SO AKU LAKARKAN JE LA CONTOH YE...

NI RUANG SANTAI YANG AKU NAK.. KALAU BOLEH LA..TV TU TAK PAYAH LA 60' KE APE... DAPAT 32' PUN JADI LAH.. AKU NAK SIMPLE , TAK MO CROWDED DENGAN HIASAN2 KECIL.. TAK MINAT.. YANG PENTING LEH TENGOK ASTRO CERIA..HAHA

*pinjam gambo kartun dari WLA.

YANG NI PULAK BILIK AKU. KATIL TU MEMANG NAK DESIGN BOLAT. PASTU FRAME BESOR TU PENTING UNTUK CUCI MATA BILA BANGUN PAGI. DAN GAMBAR KECIL TU SEBAGAI HIASAN JE.. IKAN TU AKU ADA BELA DULU TAPI DAH MATI. SEKARANG KURA2 ENTAH HIDUP KE TAK..HAISH..

NI PULAK DAPUR.. BAKAL SUAMI, DAPUR TU PENTING YE. AKU NAK COMPLETE. KALAU MAMPU LA.. SEBAB AKU SUKA MASAK WALAUPUN XSEDAP. *bakal suami? calon pon xde lagi ni..haha

KINI BERALIH KE RUANG TAMU. RUANG TAMU AKU NAK GINI JUGAK. NAK ADA BUNGA ROS BESOOOOOR BAGAI KAT MAIN WALL. MUAT UNTUK DUDUK 2 ORANG JADILAH... YANG PENTING RUANG LUAS TAK SEMAK SEBAB ANAK SEDARA AKU NAK DATANG TIAP2 MINGGU.HAHA

OK.. LAST TAK BERAPA LAST OFFICE DI RUMAH. PERLU ADA MERANGKAP BILIK STUDIO AKU UNTUK BERKARYA... HAHA.. LAPTOP TU REKAAN JE.SEKARANG NI AKU GUNA LAPTOP GAJAH BESO..HAHA YANG PENTING BEESTYLE KAT BELAKANG TU AKU MEMANG NAK...NICE RASANYA..

SO NI JELAH DESIGN MALAM NI.. CREDIT TO:
NURDANI *tetibe
WLAIANS!

DAN INILAH HASIL 100% DARI EXCEL.. MUDAH LA DARI PSD...HAHA.. ERR UNTUK GAMBO TU AKU AMIK KAT WLA..HEHEHE.. 

OK!!!!!!! SEBELUM TU AKU NAK KONGSIKAN SEDIKIT SOAL JAWAB TENTANG RUMAH KEDIAMAN NI BERSAMA USTAZ NOR AMIN.(copy ihklas dari blog beliau). 

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan 



DAN UNTUK GAMBO FRAME PULAK MACAM MANA? HA NI JAWAPAN USTAZ AMIN

*sorry ustaz pun ada typo ckit2..

JADI RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...



8 comments:

Unknown said...

ouh, thanks for sharing the info.

nurdani said...

serius semua lukisan biqa tu semua cantik2!!! kreatif betul

Unknown said...

welcome zu :)

CAHAYA: eh awok tu sifu saya..haha

Unknown said...

chnatek..... =)

aimanayie said...

sketch guna EXCEL ??? errr micro excel kahh.. ? oke,, pending.. sejak bila excel ada tempat lukis2 =.=''

btw.. aaaa... lukis lukisan hidup tak boleh,, tapi,, tangkap gambar boleh..

itu point penting.. hehe. .thanx btw..

Keri said...

rajin giler lukis bnyak2.. aku nk wat design blk tidur pun berapa hari x siap2

Unknown said...

aimi thanks..

aiman excel disalahgunakan oleh cik Dani.. leh terjah tgk blog dia..dan keri juge..

KERI: malam tadi tak boleh tido samapi subuh.. tu yang aku cari keje...haha

jasonbob said...

moncler jackets
pandora
supreme hoodie
supreme clothing
kobe shoes
nike sb dunk low
yeezy boost 350
stone island jacket
yeezy boost 350
pandora