Monday, January 14, 2013

Satu Pandangan : Gadget dan Komunikasi

Assalamualaikum

Baru-baru ni, aku duduk diam membisu walhal aku bukan bisu di sebuah restoran. Sementara menanti pesanan makanan, aku terlihat sebuah family A melangkah masuk ke dalam restoran. Masing-masing tersenyum dan berbual-bual antara mereka. Ada yang bergurau senda lantas mereka ambil tempat duduk tidak jauh dari aku. Aku senyum, ada yang membalas. Adik-adik kecik dah tersengih-sengih je kat situ.

Lima minit kemudian....

Akhirnya sampai jugak pesanan air aku. HOLO panas. (dalam ertikata sebenar Horlicks + Milo). Sekali lagi ada sebuah family B yang tidak jauh bezanya dari yang tadi. Mereka masuk ke dalam restoran namun dalam keadaan berbeza. Masing-masing tertunduk. Dari yang dewasa hingga yang kanak-kanak. Aku musykil, aku pun tak rasa diorang ni tahanan yang larikan diri aritu. kenapa perlu tunduk? Mereka juga ambil tempat di meja bersebelahan aku. Owh rupa-rupanya diorang pegang gadget masing2. Hmm... ada ipad, iphone, psp, handphone dan lain-lain. (pc je aku tak nampak.)

15 minit kemudian....

Penat lah tunggu, baru sampai makanan. Nasi Goreng Udang pepai (belasah udang sesekali walaupun alergic) Sambil aku makan aku perhatikan  dua family tadi.

FAMILY A: Bila makanan sampai, si bapa jemput anak-anaknya makan. Yang bersembang dan bergelak ketawa tadi terus menikmati hidangan. Ada yang tolong ambilkan lauk untuk yang lain dan ada juga yang disuap. Rasa macam sedap diorang makan ramai-ramai. Ada juga yang mengangguk-angguk mungkin mengatakan makanan disitu sedap. Terserlah satu ikatan kekeluargaan yang sungguh akrab disitu.

Aku beralih melihat sebelah...

FAMILY B: Bila makanan sampai masing-masing diam membisu. masih tertunduk seperti tadi. Tak ada suara-suara sumbang yg tengah berbual atau sebagainya. Ada ketika aku tengok si ayah makan tapi kejap-kejap seakan menulis-nulis di hpnya. Mungkin berbalas sms atau email. Si abang pulak tersenyum sorang-sorang dengan menunjal-nunjal skrin Handphone dia. Si kakak pulak tidak kurang beza dari si abang. Laju mengalahkan typist yang tengah buat keje. Dan adik-adik pulak sibuk main game di Psp dia. kadang-kadang menumbuk meja seolah-olah tidak puas hati. Mungkin tengah main game KOF duk lawan-lawan pastu kalah. Nampak sangat tak hebat. Tengok diorang makan pun tak berapa best macam yang tadi. Kejap pegang sudu kejap pegang Handphone.

Aku fokus balik mengupas kulit udang. NGap! Harap-harap tak bengkak esok. Haha...

Jadi dari sini aku cuma dapat sikit view... dua jenis family yang sgt berbeza. Tapi aku terfikir, apakah kemodenan dan kecanggihan yang menjadi dalang perbezaan itu?

Dan aku terfikir apa yang dibicarakan oleh mereka:

Keluar asap kepul-kepul....


FAMILY A:
Method Use: Face to face

Ayah: Makanlah, ayah tempah khas untuk anak-anak ayah.
Ibu : Pandai Abang pilih tempat, sedap makanan kat sini. Terima kasih ye bang.
Abang: Sedap betul ni yah, abang nak ikan tu... (sambil tunjuk pada hidangan ikan sweet sour)
Kakak: Bagi akak sikit, nak rasa...
Adik adik kecik: (Diam sebab kena sumbat makanan dalam mulut dengan si ibu. Lagipun dia budak kecik lagi.)

FAMILY B:
Method use: Face to book... (FB)

Status Ayah: Today bawak anak bini pi makan kat .......( 1 Like 1 Comment itupun ibu yang komen)
Status Ibu : Hubby bawak g makan, tak payah masak lah arini.. yeyyy (3 Like No Komen)
Status Abang: Dinner! (Si Kakak Komen: Oi makan lah. Main FB je tau nye...)
Status Kakak : Dinner dengan my Family. Ummm... nak makan apew ek? (Abang Komen: Kan dah order tadi, lagi mau tanya)
Adik: Mati! Adohaaiii Mati lagi! (Jerit tak puas hati. Kesian budak ni)

Jadi kalau tanya aku, aku suka tengok Family A ni. Simple and masih ada ciri-ciri klasik dalam family tu. Kalau yang B aku tak berapa gemar sebab kurang komunikasi. Sudahnya nak suap pun update status. Itu yang jadinya suram je dekat meja makan. Liking-liking poking-poking je dekat FB.

Aku tak salahkan gadget, aku tak salahkan orang lain. Itu hak individu, tapi apapun bagi aku, Family FIRST.... Sekadar satu pandangan. Bukan kritikan. Dan keakraban dalam keluarga itu sangat utama. Sekian ...