Monday, October 29, 2012

Hentikan Pencemaran Alam...

Assalamualaikum....

Di satu pagi yang hening... senang citer usai subuh, aku yang berbadan comel ini berniat untuk keluar berjoging di taman berhampiran. Sudah dipasang niat itu lima hari yang lepas. Semenjak membaca surat khabar yang menyatakan statistik lebih 80% rakyat Malaysia tidak bersenam. Aku rasa tercabar.


Bersemangat! itulah kata-kata yang sesuai ketika itu untuk aku (rasanya). Dengan suasana dingin pagi dan embun-embun masih berkeliaran,tambah pula langit yang membiru muda di pagi hari, maka aku memulakan aktiviti memanaskan badan (tanpa bahan api).


Sedang elok aku melangkah untuk membuat larian anak ayam, mata aku mula terpandang serong sedikit...


Kelihatan dua anak muda sedang duduk berdua-duaan di sebuah bangku... Bukanlah bangku sekolah, tapi bangku di taman.. Dari jauh, kelihatan mereka beruniform.. Cuba teka uniform apa? Polis? Bomba? Angkasawan? Askar? Badan beruniform? Oh no-no-no....

UNIFORM SEKOLAH...

Maka dengan itu.... Awan yang kelihatan biru tadi bertukar menjadi mendung. Aktiviti memanskan badan sudah menjadi aktiviti memanaskan mata... Bila dari mata turun ke hati, maka hati juga jadik panas. serius sangat mendukacitakan.. Terlalu mencemari alam sekeliling. Dengan kata lain itu adalah aktiviti tidak sihat..

Barangkali terlalu gembira selepas periksa.. atau mungkin mengisi masa lapang sebelum menuntut ilmu di sekolah. Aku tak tau kenapa terjadinya begitu... Sempat juga aku lalu depan diorang, oh berdesup pegangan cinta dilepaskan... Laju diorang beredar. Aku geleng kepala dalam hati.. (faham?)

Aku sebagai orang Melayu di kawasan setempat pun berasa malu dan segan bila orang lain turut memandang mereka. Faham-faham lah, uncle2 dan ah soo yang sedang bersenam di pagi hari. Betul, memang tak nampak orang kita yang berjoging. 

Di satu sudut aku lihat sekumpulan wanita tua berbangsa Cina sedang bertaichi.. Sudut lain pula uncle2 berseluar pendek berlari anak.. Namun di satu sudut, kelihatan anak muda bermotor berbaringan di pondok kecil, ada juga yang ketiduran di atas motor. Dan ada juga yang menyelit2 di tepi pokok berdua-duaan dan bercanda di pagi hari. 

Oh dimana kita???

Ini bukan bersifat racist... ini bukan sarcastic... ini hanya pandangan dari mata kasar.. sekasar kasarnya... 

Sehingga sekarang menjadi tanda tanya, kenapa dan kenapa? Itu je ke kemampuan anak muda kita? Di petang hari lain pula ceritanya.. Tangan yang memetik gitar tak henti2 walaupun bilal dah habis melaungkan azan...

Inilah salah satu "Pollution" yang tidak tersenarai dalam mana2 bab pengajian Am, sains dan kesihatan serta matematik tahun satu. Marilah sama-sama kita hentikan pencemaran alam sebegini. Demi menaiikkan imej kita sendiri di mata masyarakat. jadilah individu yang lebih berdaya maju.. Kurangkan aktiviti yang tidak sihat itu wahai remaja.... 


15 comments:

Mahabbah Athirah said...

http://mahabbahathirah.blogspot.com/2012/10/couple-t-shirt-promotion.html

jom tengok promosi T-shirt couple..!
hanya utk anda! :D

Aiman Ayie said...

to be honest, yap, bila aku pergi tempat joging kat perlis ni, mostly yang sedang buat exercise or joging ialah china.

awal2 pagi aku pergi niat nak daki bukit, tapi tak jadi sebab track licin, boleh nampak auntie2 sedang tachi, uncle2 pon ada, melayu pergi kerja mungkin.

petang, aku pergi ke track joging femes kat sini, ada lah melayu sedang joging, banyak :)

tapi lagi banyak sedang date. Haha.

matrempit ? kat sini ? diorang aktif malam je. hew :p

Abu Huzaifah said...

errr... itu senaman jugak kot.. kehkeh

merahitujambu said...

memang normal nampak cmtu..kalau tempat umum pon diorang berani apa lagi tempat sunyi

Haris Khairuddin said...

melayu pon bersenam gak..tapi kat tmpt lain la. sebab yg makcik2 akan bersenam kat rumah (kemas rumah) n pakcik2 akan bersenam kat warung kopi (sambil main dam haji). kira bersenam gak la tu kan? hoho..

cuma yg pencemaran alam tu yg susah nak kurangkan..

Lee-kun said...

berusaha biqa..!!! lee ni pn dah lama x bersenam n dah termasuk dlm 80% tuh..wuuu..

hmmm, macam tula..org suh pegi skolah tp dorang melencong..tataula apa nak jadik..sedih tngk anak2 bangsa jadik camtu.. TT^TT

biQa Hatmin said...

AIMAN: Ha betul 2... harap diorang ni join bertaichi kan best.haha

AH: Haha senaman jiwa raga

MIJ: oh tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat sunyi/...haha rindu MIJ

Haris: memang tak dpt nak buat ape la.kesedaran individu tu penting.. :)

Lee: haha sama je lee dgn kita.... :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Tula..dah byk berlaku skang ni

Salam kenal ♥

Azhafizah Md Nor said...

memang mencemar alam yang indah dan segar kan..tak faham ape motip dan tak de rasa sifat malukah mereka??grr..rasa panas gak ni.

Ema Blog said...

minta dijauhkan dari anak-anak...

outbound malang said...


kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

outbound malang said...


kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

outbound malang said...


kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

El-Hardy said...

salam kak yong...lamo min siam x dtg cni... :) hmm besa la tu kak yong,budak2 zaman skrg..nk salahkan siapa pn x tau..bila ditegur kata mak bapak dia pn x ambik kisah..nk buat cmana lg?harap gomen wat enforcement lebih ketat?malam sikit la...klu tgu ada kes besar bru nk wat tindakan,dah terlambat...

malaysia da makin maju,tapi mundur akhlak..makin ke zaman batu..hmmm...

dong dong23 said...

celine handbags
oakley vault
michael kors outlet
ray ban sunglasses outlet
ghd hair straighteners
gucci handbags
coach outlet store online
lebron james shoes
louis vuitton outlet
cartier watches
fitflops sale clearance
kate spade
coach outlet
louis vuitton
louis vuitton outlet
toms shoes
louis vuitton outlet
nike uk
louis vuitton outlet
jordan 13
longchamp handbags
michael kors outlet clearance
michael kors handbags
cheap oakleys
jordan shoes
louis vuitton
michael kors outlet clearance
air max 90
coach outlet
michael kors outlet
coach factory outlet
true religion jeans
nike air force
oakley sunglasses
tiffany outlet
christian louboutin outlet
replica watches for sale
nike air max
coach outlet
20167.12wengdongdong