Sunday, February 26, 2012

Sahabat

Assalamualaikum..


Dulu, aku mati-mati nangis tak nak masuk tadika. Sebab apa? Sebab aku kecik lagi masa tu, tak nak bangun pagi, tak nak mandi, tak nak jalan kaki pergi sekolah yang hanya beberapa jam tu. Tapi, lepas abah belikan beg power rangers, semangat laju-laju bangun pagi nak g tadika. Tambah pulak nama tadika aku tu TABIKA..Rasa macam sekolah aku je... eiii mana pulak sesat nama aku dalam akronim tu. Masa aku masuk tu umur aku baru 5 tahun, kira aku ni junior lah.. tak tau apa2 pun.. Dan dialog yang paling membuat aku ingat ialah...

 Cikgu: Alif... Ba.... Ta...
Budak tadika: BIKA!!! (dasar budak kecik.. aku malu-malu kucing je time tu)



Dan masalah aku bila masuk sekolah, aku suka conteng buku, kertas dan meja. Kadang-kadang tu aku ingat lagi kena jentik tangan dengan cikgu. Sape lah cikgu yang bertuah tu.sungguh aku tak mengerti...haha... Kalau lah aku boleh jawab masa tu, nak je aku jawab "saya kan kecik lagi!". Alasan... Sebenarnya aku memang malas, tak suka belajar. 


Sampailah aku jumpa sorang budak tu.. Namanya aku tak berapa ingat, rasanya Syamsul kot.. Dia gagap sikit budaknya.. tapi baik hati dan rajin sangat belajar. Dari situ aku mula berkawan. Mula-mula kawan dengan Syamsul, pastu kawan dengan kawan-kawan dia. BESTnyer...


So, kesimpulannya aku ada dua orang kawan baik. Syamsul dengan Ajib (aku ingat lupa je ni). Syamsul jenis suka belajar, dengar kata cikgu, baik... Selalu aku duduk dengan dia dalam kelas. Tapi Ajib pulak jenis nakal tak hengat dunia. Rasa nak piat-piat je telinga dia tu. Tapi aku kawan jugak, sebab aku tak memilih. 


Aku nak bagitau, bila aku kawan dengan Syamsul, aku rasa macam budak baik je. Balik tadika makan ABC sesama, buat homework pun sama-sama dekat rumah mak dia. (padahal homework mewarna je pun). Balik rumah mesti mak dia teman sampai depan rumah. Sweet betul makcik tu..serius tak ingat siapa.haha


Tapi dengan si Ajib ni aku banyak ikut dia g lastik burung, petik buah koko kat kebun Tok Wan, dan jugak main pasir sampai kotor baju titewwwww... Asal balik dengan Ajib je pasti 100% ada masalah menanti aku di rumah. KAK LONG aku segarang harimau.. eh bukan, lebih spesifik, segarang KOMUNIS tengah tunggu aku dekat depan muka pintu (bukan muka buku). Debush!!!! Akibat balik rumah lambat dan berkeliaran di kampung aku direndam dalam besen.. menci kak long masa tu... rasa nak tarik-tarik je rambut kerinting dia yang macam HAFIZ tu... awan nano betul! 

Tapi tu cerita dulu.. Syamsul dengan AJib tak pernah jumpa lagi lepas aku pindah bandar..cewahhh... Itu je yang aku ingat zaman tadika aku. Yang lain aku lupa. Dan pasal Kak Long aku tu korang jangan risau, sekarang ni dia dah bersara dari KOMUNIS. Dia dah tak serang hendap aku lagi macam zaman dulu. Rambut dia pun dah jadi ala-ala faizal tahir aku rasa.hahahaha.. *pengsan aku kalau dia baca blog ni. Ampun longg...haha.

Sebenarnya aku cuma nak sampaikan, bila berkawan atau berteman, atau bersahabat ni kita kena pilih yang sebaiknya. Bukan sebab kita terlalu memilih, tapi sebab kita tak nak terjebak dengan aktiviti tidak sihat. Sebab??? Pengaruh kawan tu lebih besar dari pengaruh TV..haha.. Aku pun pernah berkawan dengan macam-macam jenis orang. Yang rajin, malas, baik hati, dengki, bla bla bla.. Yang tikam dari belakang tu jangan cerita lah, sampai dah takde tempat nak ditikam belakang aku ni..haha *gurau je. Tapi kita sebenarnya kena jaga diri sendiri bila berkawan. Jangan mudah terpedaya dengan ajakan diorang. Kalau boleh cari yang boleh diajak belajar sama, buat benda bermanfaat. 

Kalau nak cari sahabat yang betul-betul sahabat memang payah rasanya. Ramai yang datang time happy, dan bila kita bermasalah?? Ke mana mereka? Cuci tangan ke?? Tapi sebagai peringatan untuk diri kita, kita jadilah sahabat idaman untuk kawan2 kita.. kita kenalah:

- Bersikap Jujur dan boleh dipercayai
- Boleh membantu sahabat kita yang dalam kesusahan selagi mampu
- Beribadah dan bertoleransi
- Tidak membezakan sesama rakan
- Menjauhi gejala sosial
- Lebih banyak menyertai aktiviti berfaedah

Jadi satu je prinsip aku dalam persahabatan ni. Kalau sampai hari ni aku tak jumpa seorang sahabat yang betul-betul bergelar "sahabat", aku akan cuba untuk jadikan diri aku "sahabat" untuk orang lain. Dan aku paling suka kalau ada orang share masalah dengan aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa pendapat aku sangat lah tidak bernas, sekurang-kurangnya kurang sikit beban perasaan diorang. SO sesapa nak cari pendengar setia, cari aku. Tapi untuk cari pengomen yang bernas, cari bapak aku ya. Hahaha.. Dan aku tak suka cari musuh..walaupun musuh dalam selimut.

Untuk sahabat aku, satu-satunya sahabat aku.. aku buatkan video ni untuk dia.Haha.





Pantun BiQa:
Dekat luar hujan lebat,
Dalam rumah terlompat-lompat,
Carilah sahabat dunia akhirat,
Walaupun bukan senang nak dapat.


Wednesday, February 22, 2012

Kesempurnaan Itu Milik Allah

Assalamualaikum..









Hari ni hari rabu? Wordless Wednesday? Oh tidak, aku tidak mampu menahan kata meluah bicara di sini. 

"Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.."

Pernah dengar dialog tu? Tagline tu? Pergi cari kat youtube. Iklan apa aku tak ingat. Sebenarnya kejelitaan itu milik Allah. Dipinjamkan kepada kita bukan untuk menjadikan kita riak, takabur...

"Dulu saya benci wajah saya, tapi sekarang tidak lagi dengan menggunakan RIMAS wajah saya kembali ceria" (lebih kurang lah..)

Mengapa dibenci akan kekurangan itu? Tidak bersyukurkah kita pada anugerah Allah yang telah memberikan kita mata, hidung, mulut, telinga yang berfungsi dengan baik? Cantik atau tidak siapa kita untuk pertikaikan? Cuba lihat insan yang buta, rompong hidungnya, bisu dan pekak? Tidak bertuah lagikah kita? 

Sepatutnya kita bersyukur... Kita yang sering mencari kesempurnaan pasti akan mengeluh kerana semakin banyak kekurangan yang akan kita jumpa. Mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kesempurnaan itu bukan hanya pada wajah tetapi tingkah laku, akal ,fikiran & lain lain lagi. 

Kita juga tidak boleh merendahkan orang lain, melalui kekurangan mereka. Jangan rasa kitalah yang terbaik. Sedangkan jika dilihat dari sudut lain, pasti banyak lompang-lompang kekurangan yang akan kita temui. Jangan mendabik dada, jangan meninggi diri tanpa sedar kekurangan yang kita ada.

Sebaiknya akui jika ada kekurangan, bukan mengeluh. Perbaiki kekurangan itu kerana mengakui adalah langkah awal untuk memperbaiki. Itu baru betul. Jadi pada sesiapa yang rasa tidak cantik, lemah, tidak ada confident, BANGKIT! Perbaiki segalanya selangkah demi selangkah.Tidak mustahil kekurangan itu akan menjadi kelebihan buat kita satu hari nanti..

Contoh: tengok AMINAH dalam kartun diatas. Sebab dia tak de leher, kepala besor, badan gemok, takde gigi, dia tak jadi dibuli. Last-last tikam je. (ok ni abaikan jugak)

APa yang cuba disampaikan ialah, jangan mengeluh atas kekurangan kita, jangan terlalu berbangga atas kelebihan kita. Dan jangan terlalu mencari kesempurnaan dan merendahkan ketidaksempurnaan.

Berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia, setakat yang termampu. Insya Allah hati akan lebih tenang dan redha. 



Dialog, CREDIT to:
WLA
(Hasil dari penat tergelak semalam...haha)

Tuesday, February 21, 2012

Make Over Me Contest

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak join contest ni.. Jadi Alif pulak dah pelawa join.. GRAB terus lah.hahaha... Cuma lambat disiapkan sebab banyak kerja.. Tapi akhirnya aku berjaya menghasilkan dan membuat make over terhadap ALIF.


Inilah gambar yang perlu di make over sampai jadi Mat Over.. Jadi aku tergamam... Wow...brader mana ni? Tak sama pon dengan doodle ALIF? Atau adakah ini ALIF? Ok bro, bila nampak gambar ni aku bermonolog sendirian di malam yang sepi. *rekaan semata-mata.

"Bro, ambik gambo nak keluar kereta ke?"
"Bro, baju tu rasa macam semarttt sangat lah"
"Bro, lesung batu tu memang terbaek.. manis senyum..hahaha"

Jadi aku gabungkan...

1. Kereta
2. Baju SMART
3. Lesung batu... (yang ni aku takde idea) hahaha

AQIB!!!!! Jalankan tugas anda.....



TARAA!!!!!!



...







OK ALIF... Inilah hasil imaginasi yang telah diluahkan. Hasil gabungan kereta, baju dan wajah... Maka terciptalah watak BUMBLEALIF... So, lepas ni tuan punya wajah tak payah dah ambik gambo keluar kereta, masa nak transform tu dah ada muka..guna iphone tangkap gambo sendiri laju2..Kelasssss..Haha.. 

INILAH TRANSFAMOUS SAYA... 

Jadi pada sesiapa yang ada imaginasi lebih hebat dari aku yang tak hebat ni, boleh lah join... Jom MERIAH kan lagi suasana...hehehehe. Tekan sahaja pada banner alif tu ye...


"DONT JUDGE A PERSON BY ITS BAJU"


Dan aku harap hasil kerja aku ni bertepatan dengan syarat ALIF iaitu tiada unsur penghinaan/sensetif terhadap BUMBLEBEE ORIGINAL..


Pantun penutup:

Tak makan maggi makan nasi,
Tak makan nasi makan roti,
Kalau suruh berimaginasi,
Confirm! Bumblebee je yang aku reti...



Monday, February 20, 2012

Profile Kawan Khayalan

Assalamualaikum..

Hai semua. Hari ni merupakan hari untuk memperkenalkan ahli lembaga pengarah blog aku ni. (BOD). So, tanpa berlengah jom tengok siapa mereka.

Hye kawan-kawan..Nama budak ni AMINAH. Dia dilahirkan melalui imaginasi penulis dan pemilik blog ini. Kehadiran Aminah dalam dunia blog adalah secara tidak sengaja. Bagi setiap entry atau post dalam blog ini akan dipantau dengan adil dan saksama oleh Aminah. Umur Aminah 7 tahun dan masih menuntut di darjah satu. Diharapkan segala perkongsian dalam blog ini dapat dimanfaatkan kita bersama. Tapi jangan tanya kalau Aminah tak tukar baju sebab Nobita dalam cerita doraemon pun jarang tukar baju bila berlakon. Cita-cita Aminah adalah untuk menjadi seorang Ahli Perniagaan yang berjaya. Dan Aminah juga ada menyimpan keinginan untuk muncul di layar perak melalui animasi (upin ipin or boboiboy pon ok) dan menceburkan diri dalam dunia permodelan muslimah. Tinggi betul cita-cita budak ni...


Baiklah, ini pula adalah Ustaz Don. Jangan salah sangka kerana ustaz Don tiada kaitan dengan ustaz Don Danial. Ustaz Don akan bertanggungjawab dalam setiap entry berkaitan dakwah, keagamaan dan sewaktu dengannya. Ustaz Don memainkan peranan penting dalam menyebarkan dan berkongsi tentang ilmu agama melalui blog ini. Dalam usia yang begitu muda, ilmu agamanya tidaklah setinggi mana, tapi beliau akan cuba untuk bersama kita dalam menyampaikan mesej yang berkesan untuk anda di luar sana. Diharapkan pada pembaca yang lebih arif, jika ada tersalah penyataan dan sebagainya, minta ditegur dan diperbetulkan demi kebaikan bersama. 

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan — Imam Hasan al-Basri


Nama empunya diri ialah AQIB. Beliau merupakan seorang anak muda berjiwa seni. Segala entry berkaitan seni akan merujuk kepada beliau. Kehadiran Aqib adalah untuk menceriakan lagi suasana di mana dengan hasil seninya akan membantu menaikkan lagi keceriaan di blog ini. Masih muda dan sudah mula berjinak-jinak dengan pelbagia jenis seni.. Seni melukis, seni memasak, seni mempertahankan diri, seniman, seniwati dan macam-macam jenis seni beliau ceburi. Walaupun hasil karya tidak begitu memberangsangkan, beliau tetap akan melukis sebagai tanda kegembiraan hatinya. Motto hidupnya yang tak wujud adalah "Seni itu jiwaku....Uh La La". (abaikan je budak ni.)


Roy...Bukan nama sebenar. Tapi jika ada entry berkaitan dengan perkara pelik, tutorial, ilmu magik dan tips2 merepek sila blame dia ok. Seorang doodle muda yang masih lagi menuntut di Universiti, remaja yang ketandusan idea, dan akan melakukan pelbagai eksperimen pelik kadang-kadang. Masih bujang kerana belum ada mana-mana doodle ingin berkenalan. Jadi ehem-ehem boleh try la... Waktu malam Roy bekerja sambilan sebagai waiter. Untuk pengetahuan semua, Roy juga bertanggungjawab ke atas entry2 berkaitan lagu, puisi, sajak dan pantun. Ini kerana, walaupun nampak kacak dan bergaya, namun di dalam hatinya terletak sebuah taman indah. Untung kalau jadi pasangan ni.. Ehem...

Akhir sekali, aktiviti bersama adik-adik adalah dibawah pengendalian Baby Moy. Nyanyian lagu tak shenonoh, aktiviti mengira dan membaca akan diupdate bersama baby MOy. Badan nampak kecik tapi makan punya lah banyak. Biasalah budak-budak kan... Jadi kalau dia nakal-nakal korang sebat je.Aku izinkan.




OK? Dah kenal semua? Itu jelah nak sampaikan... SERIUS mengarut entry kali ni. Tapi sekadar meluahkan imaginasi ke dalam blog.Aku masih waras, jangan risau. Kehadiran doodle-doodle ni hanyalah sebagai perawat luka, peneman duka aku.Har Har Har..


Pantun Penutup:

Tadi aku beli kerepek,
Sedapnya memang tak tercakap,
Sekali aku dah merepek,
Aku pun tak tau nak cakap.




Sunday, February 19, 2012

Aku dan MASA

Assalamualaikum...


......





.....





....


.....


.....


.....





WAIT!! Jangan lari... Dont worry kali ni aku tak buat lagi kerja tak senonoh macam intro entry yang lepas....fuhhhhh.....



TADAAA!!!! Okey, ni maksud sebenarnya.... Minggu ni agak busy bagi aku. Kerja-kerja banyak jugak, kerja yang dicarik pun banyak... Dan minggu ni aku rasa MASA tu cepat sangat berlalu.. Buat proposal, buat draft CP aku rasa memang tak cukup masa tu...tup tup... TING!!!! SABATO DE FERAGAMO... dah hari sabtu...  Tapi sampai bila pun masa tu takkan cukup bagi kita.. Kan??

Sebenarnya bukan masa tu tak cukup, Kita ni yang pandai mengatur dan membahagikan masa atau tidak. Itu pointnyer. Teringat lagu DEMI MASA by raihan... Actually dalam kesibukkan masa tu, aku sempat lagi join aktiviti kat WLA and tolong member buat poster (walaupun aku tak reti buat, hentam sajalah...) sedikit sebanyak boleh bantu aku release stress...

Ini hasilnya bila kerja tertangguh masih banyak..hahahaha... Aku harap, client tak marah... Lek der.. Last minit memang best....

DESIGN BUKU NOTA: by AAA
Tapi bila tengok hasil seni yang lain...Wahhh tiada lagi peluang untuk menang..sob sob..




DESIGN POSTER CINCAI:
Kalau tak diterima aku redha..sebab aku takde idea..hahahaha. Seorang sahabat..eh bukan dia adik ipor abang aku..Jadi, besan aku...Eh! BIRAS... yeke ek..ntah la lebih kurang la... adik-adik jugak.. Dia mintak tolong, aku pun boleh lah... asah bakat..hahahaha *gelak jahat




Itulah pengaturan masa aku sekarang ni.. Kerja tu tetap aku jalankan sebaik mungkin, dan dalam masa yang sama tidak lupa kita menghiburkan hati sendiri...dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.. Dan tidak juga dilupakan perkara wajib dan asas dalam kehidupan seharian. (berapa banyak dan......lah). So sekarang ni nak buat satu lagi aktiviti, make over muka alif ba ta ... Namun apa daya, kerja baru sudah tiba.. terpaksa hold lagi...


Pantun penutup BiQA:

Sorong papan tarik papan,
Kura-kura dalam perahu,
Suruh siapkan tak nak siapkan,
Dah tak cukup masa baru TAU!


p.s: Kalau free boleh baca cerpen or novel online lagi..hehehe OMBAK DIJIWA di blog PGGP







Saturday, February 18, 2012

Adab Buang Air

Assalamualaikum....






Maaf atas kekasaran yang berlaku...Hahahaa...  Perbuatan di atas adalah intro yang agak tidak sopan.... Harini aku nak kongsikan sikit adab buang air. Macam biasa akan berkaitan lah dengan hidup aku sendiri.... Jadi pada korang semua, agak-agak korang buat tak?

Kalau korang terasa nak buang air tu, ingat ni pergilah cepat-cepat jangan bertangguh.. Sebab lebih menyeksakan jika korang terkincit dalam seluar kerana itu akan menganggu kententeraman alam sejagat... Jadi macam biasa, dalam kehidupan harian kita amalkan.. Nak masuk tu bacalah doa masuk tandas yer.. Dan disunatkan kiranya kita mendahului dengan kaki kiri... Juga tutup bahagian kepala...pakai towel, alas lah apa-apa. Tapi aku rasa mesti ramai yang tarik tuala buat tutup hidung..bukan tutup kepala...hahahaha *ok gurau



Masuk tandas tu pakailah selipar, sepatu, terompah (jangan pakai terompet pulak) atau apa-apa je lah ye... Lantai tandas tu kan kotor.. Jadi hendaklah kita menjaga kebersihan kaki kita tu... Selalu aku jatuh pakai selipar dalam toilet.. Sebab selipor jepun ...So, korang beli lah selipar yang tak licin , tak payah mahal pun takpe...lagi bagus, yang penting tapak grip baik punyer... 


Yang ni kena beri perhatian.. Kalau boleh cari yang jauh-jauh sikit dari orang.. Bukan apa, nak elakkan dari tempias wangian yang tersebar di udara.. Lagipun kalau jauh dari orang tak adalah malu nak lepaskan.. Nak bunyi motor, bunyi ekzos tersumbat, nak bunyi PUFFF sekalipun tak kisah. Tapi kalau kat tandas awam memang tak dapat elak lah.. Kalau dapat orang sebelah yang banyak kandungan bahan mentah dalam badan tu confirm boleh menimbulkan syakwasangka dan perasaan tidak senang hati dan hidung...


Kalau boleh dalam tandas tu tak perlu lah cakap atau berbual beria sangat melainkan benda penting. Kalau setakat member kat luar tu tanya macam dialog atas tu cukuplah sekadar paksaan terbatuk kecil... Aku selalu jugak buat gini. Memang tak cakap apa-apa sebab nak feel. Sampai ada member tegur siap ketuk pintu lagi nak pastikan aku hidup ke tak kat dalam tu..Cettt.... Kacau daun betul..


Ok bila dah siap tu, keluar lah...Jangan duduk lama-lama dalam tu ya... Dan sewaktu melangkah keluar, dahului kaki kanan berserta doa seperti di atas... Jangan dah lega lupa nak berdoa...*Peringatan, ini bukan pintu suka hati DORAEMON ya...


ha! Yang ni sape tak buat memang tak beradab sopan betul... Pastikan korang flush... sampai hilang bau, warna dan rasa.. Kalau aku masuk tandas dan tengok masih ada sisa yang tidak dilenyapkan, automatik terbatal terus niat asal... si DIA pun malu nak keluar.Hahaha...

Itulah adabnya.... jadi adakah anda sudah cukup beradab pabila waktu memanggil ke tandas??? Jawablah sendiri... Jap! ada lagi beberapa larangan yang kita kena tahu... wajib tau...

JANGAN buang air di tempat yang tenang kecuali tasik atau laut yang terbentang luas. Ibarat kata pepatah, tenang-tenang air di laut, jangan disangka tiada buaya.. Kang kena ngap dubur tu baru tau... Senang cerita zaman sekarang dah banyak tandas awam.. Bayar 20sen cash terus meleraikan hajat yang terbuku dihati sanubari tu...


JANGAN buang air di lubang tanah... Yang ni memang jangan lah buat... risau jugak kalau ada haiwan dalam tanah tu terjejas kesihatan diorang.. Eh.. Ingat tu.. lagi satu risau jugak kalau ada haiwan yang tak tahan dengan buangan korang akan keluar dan sound korang tetibe.. kalau cacing ok lagi, tapi kalau lobang tu lobang ULOR???? 999 lah jawabnya.. Ni no ni no ni no.... 5 minit sampai... Dont worry...

Beberapa larangan lain:

*Jangan bawa masuk ayat suci al Quran ke dalam tandas 
*Jangan buang air atas kubur.... ingat tu KUBUR
*Jangan buang air atas kitab atau makanan.. 
*Jangan buang air di mana-mana tempat perhentian..

Jadi begitulah kisahnya... Apa juga yang kita lakukan, ada adab yang perlu kita patuhi. Jangan main serbu je... 

"Improvekan ADAB kurangkan BIADAP"

Pantun dari BiQA: 
Buah manggis di luar pagar
Ambil tangga tolong panjatkan
Saya Gadis baru belajar
Kalau ada yang tak kena tolong ingatkan atau tegurkan.. (aik, kenapa panjang plak yang last ni)









Thursday, February 16, 2012

Versi Pelat: Potok


Lagu : POTOK
Nyanyian: Kiah (Adik Aminah)

Tersyesyat mayu bertanya
Tak tahu, tak tahu kemanga
Teryayu banyak ayasannya
Ku terjiam,..

Menysusur dikaki yima
Teryihat bayang wajah kemayin
Tershentuh hati bagai yuyuh (bukan yuu zulaikha)

Tanya shama potok apa sebab doyang
Jawab anggging yang gongcang
Teyebang buyung teyebang
Patah shayap diduga
Seandainya yebah... 
Kau mashi ada...

Teryayu mahu dan mahu
Teryupa apa yang penyu
Teryayu banyak ayasahannya
duk terdiam

Tak mudah namun tak shusha
Terseyah atas piyihan
Tersyentuh hati muya yuyuh..

Tanya shama potok apa sebab doyang
Jawab anggging yang gongcang
Teyebang buyung teyebang
Patah shayap diduga
Seandainya yebah... 
Kau mashi ada...


ya ya ya ya ya ya ya
ya ya ya ya ya ya yaaaaaaa

Tanya shama potok......

OK SIAP!!! SEbelum ada yang nak sepak aku laju-laju baik aku chow dulu... Ni lah akibatnya bila mood tak ada... memelatkan diri sendiri... sesekali..tak salah kan..Korang cuba nyanyi guna lirik ni kuat2 pastu feel habis... Puting tak buang lagi sebab tu sebutan dia ke laut... maafkan adik Kiah ye....