Wednesday, February 15, 2012

Walkie Talkie Wednesday

Assalamualaikum..



Gambaran di atas adalah petikan perbualan semalam antara aku dan anak buah aku yang berusia 8 tahun dekat FB chat. Sebab hari ni ramai post Wordless Wednesday, bak sini aku buat wordmore wednesday. Dalam hati aku cakap, ei budak ni terpengaruh dengan aku ke? Nak buat blog pulak dia. Tak apa, aku memang suka ajar anak2 sedara aku yang 14orang ni buat macam-macam.Hahaha... Kuasa imaginasi!

Inilah walkie Talkie antara aku dan budak Afiq ni:

Afiq: assalamualaikum, anti Bika
Aku: Waalaikumsalam , Afiq.
Afiq: Anti, Afiq nak bagitau ni.
Aku:Apa?
Afiq: Afiq nak buat BLOGGER boleh?
Aku: Ha?? Blogger ape Fiq?
Afiq: Macam yang anti tulis-tulis tu.
Aku: Hahaha.... Boleh je afiq, buatlah...


So lama gak dia senyap, setengah jam kemudian....

Afiq: Anti dah siap
Aku: Tahniah. Mana? Anti nak tengok.
Afiq: Afiqkacak06@yahoo.com paswed xxxxxxxx

Errr... aku terfikir dia ni bagi aku tengok blog or masuk blog dia. EHehe...biasalah budak lagi. Makan masa jugak dia nak daftar blog tu. Rupanya dia suruh aku tukarkan gambo blog dia jadi gambar NARUTO shipuden.. Alamak, Aku layan jer...

So, semalam aku dah tukarkan header dia, aku buat simple je, malas..hehe.. Semalam sempat gak aku berpesan

"Afiq, buat blog tu boleh tapi jaga bahasa, jangan cakap bukan-bukan dalam blog. Afiq nak tulis boleh, ceritakan pengalaman Afiq, tak pun ilmu yang berguna. Kongsikan ilmu yang baik-baik."

Aku kalau cakap dengan budak afiq ni kena slow sikit biar dia faham. Lepas tu dia jawab OK je. hahaha.. Aku nak tengok jugak macam mana penulisan budak berumur 8 tahun ni. So hari ni aku bukak blog dia. Alamak! Sekali  dia UPDATE ENTRY. Takpe budak baru belajar..biar je dulu.. Itu namanya sesi pembelajaran.

Ni salah satu entry yang aku baca:

"nama saya afiq zaquan mohd hazli saya baru buat blogger  
saya ni orang yang paling kacak di dunia ni"



"kawan baik itu ada 2 ayat kawan baik1 rakan karib2 itu lah kalau kita berpisah kerana itu kita akan bersedih selalu 12 hari 13 malam saya bersedih kerana kawanbaik saya tidak sekolah
kerana  dia pengsan pada pukul 8.00 pagi kerana tidak sihat selepas itu saya bersedih kerana dia jatuh dan perasaan kamu akan bersedih "

itu lah cerita saya terima kaih

wabila hitaufiq walidayah wassammualaium warohmatuah hiwabaaaaaaa rokaaaatu


BLOG AZIB (abang dia 10tahun)

Itu yang aku nak borak kosong harini. Lepas ni aku akan pastikan aku kena pantau blog-blog yang dia follow.hahaha.. risau.... Jangan dia baca rotikaya, beautifulnara sudah.. pitam nak menjawab nanti. 

AKu nak tanya pendapat korang lah kan, kalau macam sekarang ni apa aku boleh buat lagi agar budak ni dapat menmanfaatkan blog dia? Hahahaha...- Aunty yang kerisauan.


*Sempat tulis jugak ni, tetamu VVIP dari malaysia mau sampai... sambut kompang...jumpa lagi.

Peminta Sedekah Vs Business

Assalamualaikum..

Perkara di atas adalah dirujuk. (lupa format surat rasmi)

Harini aku rasa aku nak bagi satu scenario(bukan senario gitu-gitu tu) dalam kehidupan harian kita dan disini aku nak bercerita dari pengalaman aku, penglihatan aku. Kalau tengok dekat negara kita, peminta sedekah memang boleh dijumpai di mana-mana. Tak kira lah, pasaraya, pasar malam, pasar karat, pasar borong, pasar besar, pasar kecik. Aku akan bagitau bagaimana bisnes dikaitkan dengan mereka. 




Calon Pertama: Makcik - Makcik berumur
Gejala: Meminta sedekah di jambatan, bustand dan tepi jalan
Prop: Jajan BIKA, Tam-tam dan tisu (biasanya)

Ok, ini adalah situasi dimana aku tak akan sampai hati untuk tidak meletakkan barang sepuluh sen kepada beliau. Bila aku balik sekolah dulu, aku jalan dan aku ternampak seorang makcik terduduk meratapi nasibnya di bahu jalan. Aku apa lagi, dengan innocent nyer aku datang dekat makcik tu. Aku tertunduk tengok makcik tu, dah tua, uzur..kesian sangat. Jadi akan berlaku dialong macam ni:

Aku: Cik, berapa harga ni?
MC: Seikhlas hati nak, biasanya orang bayar seringgit makcik bagi satu.
Aku: Owh, Cik jual tam tam ngan tisu je ke?
MC: Tak lah, CIk ada jual lain-lain lagi ni.
Aku: Ape?Mana? *Semangat aku jengah belakang badan makcik tu, kot2 dia sorokkan kat belakang kan.
MC: Cik jual air muka ni nak.. (ok lupakan dialog rekaan ni)

Serius masa tu aku tak rasa makcik ni peminta sedekah. Yelah walaupun baju dia compang camping at least dia ada cita-cita nak berbisnes dalam sedekah. Sebenarnya aku tak tau lah nak kata apa sebab aku rasa DEMMARK.... duit tinggal singgit nak beli coki2 tapi sebab kesian tengok makcik tu aku beli gak tam-tam berharga RM1.00 tu.. Balik dah kena marah, abah bagi seringgit suruh menabung setiap hari 20sen, tapi hari2 aku habiskan beli tam-tam. Kadang-kadang tukar menu gak makcik ni, dia jual gula-gula. Takpelah, halal jer..sedekah dengan ikhlas.(abah tak tau ni..hehehe)

Calon Kedua: Abang/Pakcik buta
Gejala: Meminta sedekah untuk pembedahan mata 
Prop: Pensil 2B, Pensil picit2 atau ayat Quran

Orang kedua yang sering hadir dalam hidup aku ialah abang ni. Dari aku darjah 5 sampai aku bergelar anak gadis di tingkatan 5, aku masih jumpa dia. Tak syak lagi orang yang sama, prop yang sama dan mission imposible yang sama. Biasanya abang ni akan masuk dari kelas ke kelas. selalu ada backup kawan dia yang jaga dia. Dia kata abang ni nak kumpul duit buat pembedahan mata. So masa ni, kalau aku ada bawak duit lebih aku akan bagi, seringgit pun jadilah. Pastu dapat pensil 2B dan aku simpan, syg nak guna tu. Tapi bila masuk tingkatan 5 aku pindah sekolah lain, so alkisahnya terjumpa lagi dengan abang ni dalam kelas. Waktu tu kelas MATH. Jadi aku tenung je muka dia sebab aku duk depan jugak lah kan, aku rasa macam nak tanya je "abang tak kenal saya ke" hahaha..Jadi masa dia datang tu, aku bagilah berapa ringgit yang ada. Dan berlaku dialog sesaat antara kami:

Abang Buta: Terima kasih dik, nah pensil ni. 
Aku: Eh takpe bang tiap-tiap tahun abang bagi pensil ni. dah banyak sangat dah. Cepat sembuh ye bang.

Masa tu muka brader tu lain macam je. Confirm! Bersalah la tu. Haha memandai je. AKu tak tau lah abang tu sentap ke tak dengan ayat aku tu. Jadi masa dia tengah ronda kutip derma aku keluarkan kalkulator. Aku perhati average setiap orang bagi seringgit. aku mula buat sifir baru:

Satu kelas 30 org x RM 1= RM 30
RM30 x 20 kelas=RM 600 
1 hari 3 sekolah: RM 600 x 3= RM 1800

Sebulan 15 hari tolak cuti umum: 15 x RM 1800 = RM 27000 sebulan.

AKu suspek, kalau abang ni rajin mesti dia boleh achieve target 27k sebulan tu. Sebab dia bagitau aku, RM 60k kos bedah mata tu. So masa tu fikiran jahat meracuni otak aku, dari aku darjah 5, sampai tingkatan 5 dah berapa tahun. Tak ke jadi millionaire. Haha, itu aku tak tau lah, yang aku tau aku dah sumbangkan walaupun sikit, maybe one day abang tu akan CELIK balik.. Tengok, abang ni pun pandai buat bisnes dengan pensil je kan..

Calon Ketiga: Abang entahkan cina entahkan melayu
Gejala: Meminta sedekah untuk makan katanya 
Prop: Porch beg, tongkat sakti dan bluetooth wireless.

Tang ni aku memang hangin dan bengang. Dari ikhlas dan simpati aku rasa macam nak balas sampai mati. (hiperbola gila ayat ni). Brader ni, dia datang kat aku masa tu aku nak balik University aku duduk dalam bus. Dah nak ready gerak ni.. Aku lek-lek duduk diam-diam kat situ. Tetibe ada orang panggil aku:

Orang tu: Adik, mau makan.. 
Aku: Tak mau...tak mau... *so aku pandang luar tingkap balik.
Orang tu: Adik......... makan..makan... (aduh manja pulak dia panggil aku adik ni..lemah) hahaa

Masa tu aku tepuk dahi! PAP! Ya Allah rupanya dia nak mintak duit nak makan. Patutlah dia tunjuk tiga jari, maybe dah tiga hari tak makan. Aku gelabah bukan purse, ha amik kau jumpa RM 5 baki beli tiket tadi. AKu hulur lah, semua orang duk pandang aku, aku cakap laaa kenapa pulak ni? salah ke aku bagi orang ni duit nak makan. So aku buat tak tau je dengan jelingan orang lain. Kesian kot kat orang tu. Lepas brader tu cakap telima kasih, aku senyum je. Tetibe ada akak tu duduk sebelah aku:

Akak tu: Dik, bagi dia duit ke tadi?
AKu: Ya  kak, nampak macam kesian sangat, kaki pun takde tu.
Akak tu: Hmm.. xpe jap lagi adik tengok eh.

Aku blur giler masa tu. So bus pun jalan, masa bus jalan akak sebelah aku tu main senggol2 pulak. Dia tunjuk arah luar. AKu rasa macam...eiiiiii....eiiiiii. nak turun jugak time tu... eiiii...geram betul. Korang nak tau? Brader mau makan mau makan tadi tu tengah syok kira duit, dia keluarkan semua duit dalam porch beg dia, seploh ringgit, 50 ringgit pun ada bergumpal sey. Tambah lagi marah bila tetibe masa tu dia angkat phone GUNA WIRELESS BLUETOOTH TU!!! Ambik kau, sekali dah kena tipu.haha.. AKu tak kisah RM5 tu, tapi yang aku marah, adoi brader ni jahat betul fikiran dia.. Idea bernas gila.. Dalam bus aku tak boleh lupa gila peristiwa tu. Tapi takpe, aku harap one day dia kena tangkap! haha menipu lagi. Ni otak bisnes kelentong ni.




Calon Last: Tok Sami budha
Gejala: Meminta sedekah untuk tokong ke ape ntah
Prop: Azimat tiga segi kuning, Rantai beso

Ha, yang ni aku tak banyak cakap. Takut pun ada time pergi mana-mana jumpa orang ni. Amitabha..amitabha.. itu je yang dia cakap. Bila diorang datang and hulur kertas tu aku dengan muka bajet gile aku bagi tapak tangan ngadap dia aku lambai2.. Tanda nya aku tak nak... So dia pun blah. senang je sebab apa aku tak bagi, sebab pertama diorang ni mesti nak buat untuk tokong diorang kan, so itu agama diorang, baik duit tu aku sedekah kat masjid, mudah-,mudahan boleh renovate masjid nanti. Setel. Ni namanya bisnes to bisnes B2B. haha.. 

Sebenarnya aku penat taip ni, macam dah panjang sangat. So ni lah pengalaman aku bila berdepan dengan orang mintak sedekah. Sebenarnya diorang ni pandai buat bisnes...tu yang aku kagum...cuma kadang-kadang cara tu macam tak adil..macam lagu yuna, ini tidak adil tidak adil bagiku.... Kenapa dan mengapa diorang bertindak sedemikian aku tak tau, yang aku tau aku belajar dari pengalaman, xnak dah tertipu, kalau nak bagi pun biar betul2 aku rasa nak bagi...ikhlas katanya... 

Memang sedekah itu amalan mulia tapi kadang-kadang kita perlu berhati-hati dengan sindiket-sindiket sekarang ni. Wuallahualam.

Sedekah Itu Mengikis Sikap Pentingkan Diri



p/s: Jgn tertipu seperti aku.


Tuesday, February 14, 2012

Semalam Adalah Semalam, Hari ini tetap hari ini.

Assalamualaikum.

Aku rasa aku dah tekan kan bahawa, bila aku gembira aku akan melukis. Bila aku sedih aku akan menulis. Jadi jangan terkejut kalau entry kali ni tak ada gambar, doodle atau lain-lain medium seni bersangkutan.
Bukan rasa hati yang aku nak highlight kat sini. Aku cuma ingin menulis apa yang terlintas di fikiran ketika ini. Ok cik HATI, sila diam dan berikan cik FIKIRAN menulis. (monolog sendirian)

Berkaitan dengan tajuk tu...atas tu, semalam adalah semalam dan hari ni tetap hari ni. Aku nak bagitau, aku pernah dilabel dengan pelbagai jenis label (bukan label halal pastinya). Sedikit demi sedikit label2 itu aku cuba padamkan, aku cuba koyakkan aku cuba hilangkan agar bila aku menuju ke alam lagi satu nanti, hanya label yang perlu akan aku bawa.Wuallahualam. Label yang dimaksudkan adalah label yang melambangkan diri sendiri. AKu manusia biasa yang tidak pernah lari dan lepas dari dosa, aku jugak manusia biasa yang tidak lepas dari teleka dibuai masa.

BAYI YANG COMEL:
Uwa....uwekk uwa...uwekk.. itu jelah yang aku tau masa ni. Masa ni aku dapat rasakan ramai yang puji aku, tampo2 aku, gigit2 aku dan cium2 aku sebab waktu aku baby, aku sangat comel, serius aku tak tipu(hahaha). Suci, bersih tiada dosa. Aku bersyukur dilahirkan ke dunia ni. Terima kasih kepada arwah ibu yang berhempas pulas, bertarung nyawa, berputus urat demi melahirkan aku yang kerdil ke dunia ni.

BUDAK PEREMPUAN LASAK
Masa demi masa, aku makin membesar. Dari sini masyarakat keliling umumnya telah melabel aku sebagai seorang budak perempuan yang lasak. Uh... mana tidaknya, dari tadika sampai darjah 6 majoriti kawan2 aku lelaki. Cakap je permainan apa, semua dah aku cuba. Rounders?Bola Sepak? Meriam dalam tin? Galah panjang? Tenteng? Baling selipar? ha malas nak senarai semua. Confirm korang pun pernah main kan. Jadi aku cuma tinggalkan ia sebagai memori zaman kanak2.

PELAJAR YANG MALAS
Ini label yang seharusnya aku buang dulu. Tapi dah lambat. Sekarang aku bukan lagi pelajar. Tapi aku masih belajar tentang erti kehidupan. Masuk kelas buli kawan-kawan, masuk kelas lepas rehat lambat, dalam kelas tido, dalam kelas melukis muka cikgu, dalam kelas main game guna Handphone Nokia 3310. Apa nak jadi aku pun tak tau. Jadi aku tinggalkan juga sebagai kenangan lalu untuk semalam.

REMAJA DAN CINTA
Cinta? Betul memang pernah aku bercinta. Aku bahagia dengan cinta dunia, aku bahagia dengan cinta manusia.. Tapi aku lupa pada CINTANYA.. Aku alpa pada dunia yang sementara. Syukur aku diberi hidayah itu, kini tujuan aku sudah beralih. Kembali bersujud di tikar sejadah, kembali menadah tangan pada yang Esa, kembali memperbaiki kelemahan diri. Insya ALlah

Aku rasa cukup la label general yang aku senaraikan tu. Sekadar bercerita. Dari bayi yang sekecil tapak tangan aku dilahirkan sehingga tapak tangan aku pula diibaratkan sekecil bayi, Aku sudah lalui macam-macam dalam dunia ni. Mungkin tidak sebanyak laluan anda semua, tapi aku dengan diri aku , rasanya banyak jugaklah. Banyak lagi label yang agak kurang sedap walau ditambah garam secukupnya untuk didengar. Tapi aku akan cuba buangkan atau tinggalkan saja label itu dengan masa semalam.

Semalam aku dah merasa menjadi kanak-kanak, aku dah merasa menjadi pelajar, aku dah merasa menjadi remaja aku dah merasa buat apa yang aku suka. Itu semalam, semalam yang aku cuba tinggalkan.

Hari ini tetap hari ini. Hari baru untuk aku mengorak kembali langkah. Hari baru untuk aku kembali mencari jalan sebenar. Berkat doa sahabat handai dan ahli keluarga, aku harap aku mampu membuka satu lembaran baru di hari ini. Moga apa yang bakal dilakukan akan diredhai olehnya. Bukan gelaran wanita solehah yang aku inginkan, bukan juga gelaran sahabat sejati, malah bukan juga gelaran demi gelaran yang dikejar. Cuma biarlah perbuatan itu lebih dari sekadar gelaran, lebih dari sekadar pandangan luar orang lain, lebih kepada keihlasan, lebih kepada kebaikan. Walau beribu halangan aku cuba dan akan terus mencuba sehingga aku mampu menjadi insan yang lebih baik.

Kepada readers, sama ada silent readers atau unsilent, sekiranya ada kesalahan dalam setiap topik penceritaan, aku mohon maaf dari hati ke hati. (muka aku serius ni). Aku tidak sempurna, aku manusia biasa. Itu aku tau.(eh CIK HATI dah menulis). Jika aku menulis tentang agama, bukan kerana aku alim, jika aku menulis tentang cinta bukan bererti aku hamba cinta. Jadi aku adalah aku apa adanya. Apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan jika yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Maka tegurlah sekiranya aku salah, perbetulkan jika aku tidak tahu.

Sebenarnya FIKIRAN dan HATI adalah satu. Apa yang dirasakan, itulah yang mungkin difikirkan. Jadi semoga hari semalam menjadi ikhtibar dalam kehidupan untuk hari ini. Dan hari ini jangan kau toleh melihat hari semalam, kerana banyak lagi yang perlu dilihat untuk masa akan datang. Ingat satu dalam fikiran MATI ITU PASTI. Tinggalkan keburukan, lakukan kebaikan.  Insya ALlah

*Bila malam menjelma, mata aku mula kabur, warna warni siang hari kini menjadi warna kelam di malam hari. Okey rabun warna namanya. Sekian ...


Sunday, February 12, 2012

SAY NO TO VALENTINE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T







Sudah terang lagi nyata, bahawa hukum meyambut hari Valentine, atau dikenali sebagai Hari Kekasih adalah HARAM. Disini, Aminah tidak perlu menyatakan dengan lebih terperinci kerana Aminah ingin semua sahabat di luar sana bacalah entri berkaitan di blog mereka:

Puisi ENTRI ROMANTIS BODOH, Asal Usul Valentine, Hukum & Hujah-hujah yang dikemukakan boleh rujuk di sini:

Ops... tunggu dulu.. dah baca? Pergi ke blog ini untuk dapatkan freebies SAY NO TO VALENTINE. Berkempen bersama dan memberi peringatan kepada semua. Tengok ni, comel tak? Banyak lagi di blog APIT.




Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat. 

Friday, February 10, 2012

Promo E-Cerpen : Ombak Di Jiwa

ASSALAMUALAIKUM...

Bukan GEMERSIK KALBU & VANILLA COKLAT je ada promo. Kalau nak tau entry hari ni bertujuan untuk mempromote E-Cerpen OMBAK DI JIWA by  Putera Gahara atau aku lebih kenali dia sebagai Ayie Abas..hehe

Mula-mula dulu aku tengok je lukisan dia. Unik.. ada unsur tersendiri.. Aku suka tengok lukisan-lukisan dia. Jadi pada suatu hari... cewah... Ayie tag aku. Terharu tu, bangun pagi-pagi sebab nak tunaikan janji katanya..haha TQ so much AYie.

So, aku kalau dah kena tag, rasa macam dah kene seru je nama tu. Aku terjah la blog beliau, WAH! dah release rupanya E-Cerpen tu. Aku terus lah dengan semangatnya membaca.. Kalau tanya pendapat aku, Part 1 je dah menarik. Nice olahan perasaan tu. Aku baca , pastu eh...dah bersambung lah...hahaha.. Rasa tak sabar pulak nak tunggu next part.. Nak tau pasal NURUL..ehehe (serius aku suka baca novel..cerpen..hehehe)

Korang apa lagi? terjah lah blog dia. Baca Ombak Di Jiwa. Insya allah kalau free time aku akan follow cerita tu sampai habis. 

NI Cover Ombak Di Jiwa. Cantik kan.. Tapi yang mana  NURUL? hehe.. (Ayie pinjam ni ...boleh)

Itu jer ulasan aku malam ni. Alang2 tak ada idea nak update, promote pon boleh la... Kongsi apa yang aku rasa best...heeee


Tuesday, February 7, 2012

Cita-Cita masa Kecik

Tahun 1990-an, perbualan dua beranak:

Abah   : Bika dah besar nak jadi apa?
Bika    : Teletubies bah..
Abah   : Terpengaruh dengan tv la tu.. (abah senyum sambil geleng kepala.. biasalah budak2)

Tahun 2012 perbualan abah dan anaknya sekali lagi:

Abah: Bika, dah grad ni dah pikir nak jadi apa? nak keje apa?
Bika : Nak jadi teletubies bah.. nak keje biasa-biasa je..
Abah : Eiii budak ni... dari dulu sampai sekarang jawapannya sama je.. (menyirap)
Bika  : Abah ajar anak-anak tegas dan berprinsip. Jadi saya tegas dengan prinsip saya nak jadi teletubies.. 

Kali ni abah tak senyum sambil geleng kepala macam zaman 90-an dulu... nak tau abah buat apa? Dia sekeh terus kepala anak dia. hahaha ok korang jangan percaya. 

Bercakap pasal cita-cita zaman kecik ni, memang cita-cita aku dari kecik tak pernah berubah. Nak jadi teletubies. Nak tau kenapa? Sebab kalau tengok teletubies pagi-pagi bangun "Good Morning" pastu nyanyi-nyanyi terlompat-lompat dengan kawan matahari tu. Lepas tu buat lah projek apa-apa misalnya dia cipta or reka sesuatu kat makmal. dah siap , benda tu rosak kemas dan tido. Esok pagi kita bukak tv tengok dia bangun macam tu jugak nyanyi lagi, ketawa lagi, lompat lagi, buat projek lagi dan tido lagi. HAPPY kan?
Memang mimpilah nak hidup macam tu. Bukan hidup tu namanya.haha.

Tadika: Cita-cita nak jadi Teletubies
Darjah 1: Nak jadi teletubies jugak (berpegang teguh lagi )
Darjah 2: Nak jadi Ahli Perniagaan (Jual sticker, jual pemadam kat sekolah)
Darjah 3: Nak jadi Ahli Perniagaan + Sainstis (Masa ni aku reka sesuatu pastu jual...contoh, buat kapal terbang harga 10sen)
Darjah 4: Tak masuk darjah 4 sebab aku lompat terus darjah 5. So aku tak tau ape korang belajar time darjah 4.
Darjah 5: Nak jadi cikgu (sebab masa ni kena pukol dengan cikgu sampai pembaris kayu patah. Dendam tu.. nak rotan anak murid aku plak *abaikan cita2 ni)
Darjah 6: Nak jadi Ahli Perniagaan (sebab masa ni abah niaga kat kantin sekolah. Selalu book makanan untuk member)

Tingkatan 1-3: Masa ni aku tetap dengan prinsip aku nak Berniaga. Tolong abah kat kedai, kat warung buat aku semangat nak berniaga. serius.

Tingkatan 4-5: Masa ni dapat duit banyak hasil kumpul tolong abah niaga. So masa ni lah zaman kealpaan aku membelanjakan wang dengan puas hatinya. Dan masa ni jugak aku takda cita-cita. Dan dengan tiba-tiba mood aku terus down masa form 5 buat aku tak cemerlang sangat dalam SPM. tapi semua kredit la. hahaha

Tingkatan 6: Ni zaman paling down sedown nya bagi aku. Aku tak nak masuk, abah suruh jugak,.. ah xdapat jadi teletubies.. Pastu belajar entah kemana. Dalam kelas duduk hujung sebelah tingkap dan tido... 

Univesrsity: Entah macam mana aku nak apply CIVIL ENGINEERING tersalah tekan ENTREPRENEUR DEVELOPMENT. Tak apa, aku tau mungkin ada hikmahnya semua ni jadi. So redha masuk UNITEN. Masa ni cita-cita aku nak jadi USAHAWAN MUDA WANITA PERTAMA YANG ADA SEJUTA DALAM AKAUN BANK (galak gila semangat). So, aku belajar. Aku tak kejar pointer baik. AKu cuma nak enjoy dalam apa yang aku belajar. Dan serius aku takde minat sangat belajar teori2 ni... Time ni enjoy tak hengat. Tapi aku dah mengorak langkah sikit dengan buat bisnes kecil kecil. (Format laptop, Jual software, Jual Dadih,perfume.. banyak gak la yang dijual. Dadah je aku tak jual) lebih kurang la...hahaha nak hidup kat U punya pasal.

Lepas Grad 2011:

Sekarang aku masih tertanya-tanya sebenarnya apa tujuan hidup aku selama ni? Aku nak jadi apa ni? Setiap pagi itu je yang aku tanya bila duduk tepi tingkap tengok orang lalu lalang kat luar. (drama)

Ikhlas aku kata citacita aku sekarang ialah:

1. Aku nak kerja jadi CLEANER
2. Aku nak kerja jadi POSMEN
3. Aku nak kerja jadi PENGASUH RUMAH ANAK YATIM

Ini serius. Korang jangan ketawakan aku. Aku pilih jadi CLEANER sebab aku seorang yang sangat suka pada kekemasan. Dan entah kenapa bila aku tengok makcik2 jadi cleaner aku tanya dalam hati "Mak Cik, boleh saya tolong tak" tapi aku tak berani nak cakap depan2 makcik tu. PENAKUT

Kedua POSMEN. Kenapa? Sebab aku suka naik motor. Tapi bila aku naik motor semua orang pandang aku macam budak takda wawasan sebab dengan seluar jean, jaket, beg silang. Tapi tetap mengekalkan ciri2 kewanitaan. Hahahaha. Sebab lagi satu, aku nak hantar surat-surat penting untuk orang yang sentiasa menanti surat. Aku suka keje macam ni. Tak tau kenapa.

Ketiga Pengasuh. Kenapa? Sebab aku memang ada niat nak buka rumah anak yatim kalau aku kaya satu hari nanti. Tapi itu semua masih kekal dalam impian dan belum mampu menjadi kenyataan. Aku suka kalau ada rumah anak yatim nak offer aku. FOC pun takpe, asal ada makan dan minum. Untuk part time jadilah. Aku suka layan budak-budak. Dan aku faham apa yang diorang rasa.. Sebab aku pun dah tak ada mak. (Kalau ada jawatan kosong inform aku ye.)hehehe

So, lepas baca ni korang tau tak sebenarnya apa tujuan hidup aku ni? Aku konpius. Offer keje ada, tolak mentah2. Apa nak jadi la aku ni. Aku bukan malas tau. Aku cuma tak suka keje. Lebih lebih lagi keje bank. kalau offer keje bank, serius aku dilema.. Abah mesti suh terima.. tapi aku? suka merepek dengan lukisan entah apa2 ni kan. Aish.. sekarang ni pun aku cuma buat pendapatan sampingan.. dapat lah duit jajan sikit-sikit. Buat freelance bisnes. Walaupun upah tak lumayan, tapi aku enjoy lah jugak. 


SEKADAR BERKONGSI RASA
TAK TAU NAK JADI APA. 
ITU JE.
 *pantun ni..









Free Vector : Segmen Adore Your Arts IV (final)

ASSALAMUALAIKUM!

SIAPA NAK FREE VECTOR ? HA CAKAP SEKARANG?
KALAU NAK JOIN SEGMEN ANJURAN AZHAFIZAH BERSAMA WE LOVE ART.

SEGMEN KALI NI SANGAT SIMPLE... CUMA ISI TEMPAT KOSONG JE.. NAK TAU? BACA KAT BAWAH NI OR TERUS KE BLOG AZHAFIZAH.COM


Akhirnya sampai ke final part segmen Adore Your Arts ni.Alhamdulillah,berjaya jugak promote rakan rakan seperjuangan WLA[WeLoveArts].Keputusan untuk part III akan Fiza umumkan setelah juri juri kira markah ye.Harap bersabar.^__^

Minggu ni hadiahnya adalah 3vector potrait dan satu vector cartoon.Sponsor pertama adalah apit.Mesti ramai blogger tahu  fizgraphic.com.Alah,blogger yang pemurah bagi freebies doodle tu.Tapi kali ni apit sponsor vector.Ramai yang order vector kat apit.Ada yang siap buat jingsaw puzzle dan frame lagi.hebat tu!
Ni contoh vector dari apit



So nice kan?Apit memang terror bab photoshop ni.Banyak tutorial photoshop kat blog apit yang boleh korang belajar.Ade jugak freebies doodle.Jom ke>>Blog apit

Kedua,Bika..bukan keropok Bika ye.Jangan marah Bika.Bika satu satunya blogger yang ada kat Italy sekarang ni.Seronok main salji tu..*jeles! .Bika ni selalunya seni dia mesti ke arah makanan je.Sure banyak menu dalam kepala die tu.Kan bika?? Bika ni pencinta seni yang selalunya sangat banyak idea dan melukis vector menggunakan Adobe Photoshop.


Minggu ni Bika sponsor vector potrait macam bawah ni 


Mesti korang nak kenal Bika di Italy sekarang ni kan?agak agak kalau bodek dapat duet euro ke?trylah..hehehe..*mati kene sekeh ngan bika pasni.Cuba lah kenal kenal dulu>>Blog Bika (HAHA..hanya mampu tertawa tgk fiza tulis ni)

Ketiga Yus,Melukis vector menggunakan adobe photoshop juga.Sangat teliti pada line dan sketching.Pakar dalam black and white arts.Selain tu pandai juga dalam photography dan editing gambar.Kalau nak edit edit gambar tu bolehlah contact Yus.

Ni salah satu hasil black and white dari Yus.

FYI,Yus masih bersekolah lagi Form 4.Hebatkan budak sekolah dah explore photoshop ni.Dalam WLA ni Yus dipanggil Fizo Omar..hehe..gurau gurau je tu.kalau nak tanya apa apa pasal photography dan editing boleh tanye kat Yus>>Blog Yus

Untuk sponsor terakhir adalah Are-Rif,semakin aktif menvector.Selain melukis vector Are rif jugak pandai dalam editing coding template blog.Sebelum ni dia ada buat usahasama design template dengan CCI.Hasil design dorang tersangatlah superb.

Bukan tu je,pandai jugak mendoodle tau..Tapi minggu ni Are-rif sponsor vector ala ala cartoon macam hana tajima bawah ni.



Kalau nak tanya pasal coding ke atau apa apa pasal apa yang are rif buat. Boleh terus direct ke >>Blog Are rif

OKay dah settle kenalkan para sponsor,meh kita tengok cara nak dapatkan vector vector di atas secara FREE.Camna nak dapatkan secara FREE boleh tengok syarat di bawah ni.Minggu ni ade kelainan sikit.Lebih mudah tak perlu buat entry atau edit apa apa.Just perlu komen dalam entry ni je.

Syarat:
Tinggalkan komen anda di entry ni dengan melengkapkan slogan di bawah ini
Saya nak hasil seni di atas kerana___________________[tidak lebih dari 15patah perkataan]
Sertakan sekali link blog tanpa meletakkan http:// dan www.
*sekiranya ada link http:// dan www secara automatic nya penyertaan dibatalkan.
*ayat perlu teratur dan tiada sebarang ayat ewww..

Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua slogan  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
6Feb 2012>>>13Feb 2012[jam 11:59pm]


SO APA TUNGGU LAGI? JOM LAH SUMBANG TAK SAMPAI 15 PATAH PERKATAAN PUN KAN... SEMOGA BERJAYA DPT VECTOR FREE :)






Monday, February 6, 2012

Cerita Dongeng

ASSALAMUALAIKUM....

HARI NI AKU NAK CERITAKAN PASAL SATU KISAH DONGENG...

PADA SUATU HARI...... (ish ni terlalu tipikal bila sebut cter dongeng)

TUKAR....

DI ZAMAN GLOBALISASI INI.. ADA SEORANG WANITA YANG AMAT PERIHATIN KEPADA RAKYAT BERNAMA BIQA.. DAN BERTEMULAH BELIAU DENGAN SEORANG PAKAR EXCEL BERNAMA KERI IKHWAN.. ARAKIAN DIPENDEKKAN CERITA BERLAKULAH ART TRADE ANTARA KEDUA KAMI... 


MAKA TERSEBUTLAH KISAH.... BEGITU CANTIK LUKISAN VECTORNYA... WALAUPUN TIDAK DIKETAHUI DARI MANA DAPATNYA GAMBAR INI KE TANGAN BELIAU.HAHAHAHA...

SETELAH BEBERAPA HARI, MAKA MUNCULLAH SEORANG PARI2 BERNAMA CCI... RASA DIRI YANG SANGAT TIDAK PANDAI MENDOODLE INI HANYA SUKA2 MEMBERIKAN DOODLE KEPADA BELIAU.. LALU DIHAYUNKAN KAYU SAKTINYA!!

ABRAKADABRA!!! (ahli sihir betul ni)
DAN SEMENJAK ITU, HATI INI SERING DIBUAI RASA GEMBIRA... MELIHAT WAJAH TELAH BERTUKAR KEPADA SNOW WHITE YANG SANGAT COMEL.. NASIB BAIK TAKDE ORANG KERDIL SEKALI...HEEEE

"terima kasih wahai pari-pari yang baik hati" UCAP AKU DALAM HATI...

DAN SERIUS AKU RASA AKU MEREPEK GABAN NI.... ANGKARA MENYIAPKAN KERTAS KERJA YANG SANGAT MENCABAR MINDA DAN FIKIRAN AKU NI. CEPATLAH ENGKAU SIAP WAHAI PROPOSAL.. AKU TAK SANGGUP LAGI NI..HAAHAA.. DUE DATE MINGGU NI PLAK TU... TAPI.... CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. (terpaksa berpegang pada kata-kata tu) HAHAHA... ISH TAK BAIK LAH.. IKHLAS NYE MANA? DALAM BUAT KERJA DAPAT JUGA AKU TAMBAH ILMU.. SYUKUR...(monolog)

SO NAK SAMBUNG BUAT PROPOSAL NI.. PART PALING PAYAH BILA NAK BUAT ALIRAN TUNAI...grrrrrr....

JADI KALAU KORANG NAK TERJAH BLOG DIORANG ADA KAT BAWAH NI... THANKS KERI & CCI.. I ADORE YOUR ARTS VERY MUCH :)


BLOG CCI (boleh tempah doodle comel2 untuk kad kawin ke ape ke..cuba lah serius puas hati)







Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul


DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN JUGA DI SELURUH DUNIA...

SEMOGA INGATAN KITA KEPADA RASULULLAH AKAN SENTIASA BERSAMA SETIAP MASA, KASIH SAYANG DAN KERINDUAN KITA KEPADA BAGINDA YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI DAN SEMOGA IANYA TIDAK TERHAD HANYA PADA WAKTU TERTENTU SAHAJA...


CINTAILAH RASUL KITA... :)
CONTOHI RASUL KITA :)

JOM BERSELAWAT KEATAS RASUL JUNJUNGAN KITA, NABI MUHAMMAD S.A.W!