Wednesday, February 15, 2012

Peminta Sedekah Vs Business

Assalamualaikum..

Perkara di atas adalah dirujuk. (lupa format surat rasmi)

Harini aku rasa aku nak bagi satu scenario(bukan senario gitu-gitu tu) dalam kehidupan harian kita dan disini aku nak bercerita dari pengalaman aku, penglihatan aku. Kalau tengok dekat negara kita, peminta sedekah memang boleh dijumpai di mana-mana. Tak kira lah, pasaraya, pasar malam, pasar karat, pasar borong, pasar besar, pasar kecik. Aku akan bagitau bagaimana bisnes dikaitkan dengan mereka. 




Calon Pertama: Makcik - Makcik berumur
Gejala: Meminta sedekah di jambatan, bustand dan tepi jalan
Prop: Jajan BIKA, Tam-tam dan tisu (biasanya)

Ok, ini adalah situasi dimana aku tak akan sampai hati untuk tidak meletakkan barang sepuluh sen kepada beliau. Bila aku balik sekolah dulu, aku jalan dan aku ternampak seorang makcik terduduk meratapi nasibnya di bahu jalan. Aku apa lagi, dengan innocent nyer aku datang dekat makcik tu. Aku tertunduk tengok makcik tu, dah tua, uzur..kesian sangat. Jadi akan berlaku dialong macam ni:

Aku: Cik, berapa harga ni?
MC: Seikhlas hati nak, biasanya orang bayar seringgit makcik bagi satu.
Aku: Owh, Cik jual tam tam ngan tisu je ke?
MC: Tak lah, CIk ada jual lain-lain lagi ni.
Aku: Ape?Mana? *Semangat aku jengah belakang badan makcik tu, kot2 dia sorokkan kat belakang kan.
MC: Cik jual air muka ni nak.. (ok lupakan dialog rekaan ni)

Serius masa tu aku tak rasa makcik ni peminta sedekah. Yelah walaupun baju dia compang camping at least dia ada cita-cita nak berbisnes dalam sedekah. Sebenarnya aku tak tau lah nak kata apa sebab aku rasa DEMMARK.... duit tinggal singgit nak beli coki2 tapi sebab kesian tengok makcik tu aku beli gak tam-tam berharga RM1.00 tu.. Balik dah kena marah, abah bagi seringgit suruh menabung setiap hari 20sen, tapi hari2 aku habiskan beli tam-tam. Kadang-kadang tukar menu gak makcik ni, dia jual gula-gula. Takpelah, halal jer..sedekah dengan ikhlas.(abah tak tau ni..hehehe)

Calon Kedua: Abang/Pakcik buta
Gejala: Meminta sedekah untuk pembedahan mata 
Prop: Pensil 2B, Pensil picit2 atau ayat Quran

Orang kedua yang sering hadir dalam hidup aku ialah abang ni. Dari aku darjah 5 sampai aku bergelar anak gadis di tingkatan 5, aku masih jumpa dia. Tak syak lagi orang yang sama, prop yang sama dan mission imposible yang sama. Biasanya abang ni akan masuk dari kelas ke kelas. selalu ada backup kawan dia yang jaga dia. Dia kata abang ni nak kumpul duit buat pembedahan mata. So masa ni, kalau aku ada bawak duit lebih aku akan bagi, seringgit pun jadilah. Pastu dapat pensil 2B dan aku simpan, syg nak guna tu. Tapi bila masuk tingkatan 5 aku pindah sekolah lain, so alkisahnya terjumpa lagi dengan abang ni dalam kelas. Waktu tu kelas MATH. Jadi aku tenung je muka dia sebab aku duk depan jugak lah kan, aku rasa macam nak tanya je "abang tak kenal saya ke" hahaha..Jadi masa dia datang tu, aku bagilah berapa ringgit yang ada. Dan berlaku dialog sesaat antara kami:

Abang Buta: Terima kasih dik, nah pensil ni. 
Aku: Eh takpe bang tiap-tiap tahun abang bagi pensil ni. dah banyak sangat dah. Cepat sembuh ye bang.

Masa tu muka brader tu lain macam je. Confirm! Bersalah la tu. Haha memandai je. AKu tak tau lah abang tu sentap ke tak dengan ayat aku tu. Jadi masa dia tengah ronda kutip derma aku keluarkan kalkulator. Aku perhati average setiap orang bagi seringgit. aku mula buat sifir baru:

Satu kelas 30 org x RM 1= RM 30
RM30 x 20 kelas=RM 600 
1 hari 3 sekolah: RM 600 x 3= RM 1800

Sebulan 15 hari tolak cuti umum: 15 x RM 1800 = RM 27000 sebulan.

AKu suspek, kalau abang ni rajin mesti dia boleh achieve target 27k sebulan tu. Sebab dia bagitau aku, RM 60k kos bedah mata tu. So masa tu fikiran jahat meracuni otak aku, dari aku darjah 5, sampai tingkatan 5 dah berapa tahun. Tak ke jadi millionaire. Haha, itu aku tak tau lah, yang aku tau aku dah sumbangkan walaupun sikit, maybe one day abang tu akan CELIK balik.. Tengok, abang ni pun pandai buat bisnes dengan pensil je kan..

Calon Ketiga: Abang entahkan cina entahkan melayu
Gejala: Meminta sedekah untuk makan katanya 
Prop: Porch beg, tongkat sakti dan bluetooth wireless.

Tang ni aku memang hangin dan bengang. Dari ikhlas dan simpati aku rasa macam nak balas sampai mati. (hiperbola gila ayat ni). Brader ni, dia datang kat aku masa tu aku nak balik University aku duduk dalam bus. Dah nak ready gerak ni.. Aku lek-lek duduk diam-diam kat situ. Tetibe ada orang panggil aku:

Orang tu: Adik, mau makan.. 
Aku: Tak mau...tak mau... *so aku pandang luar tingkap balik.
Orang tu: Adik......... makan..makan... (aduh manja pulak dia panggil aku adik ni..lemah) hahaa

Masa tu aku tepuk dahi! PAP! Ya Allah rupanya dia nak mintak duit nak makan. Patutlah dia tunjuk tiga jari, maybe dah tiga hari tak makan. Aku gelabah bukan purse, ha amik kau jumpa RM 5 baki beli tiket tadi. AKu hulur lah, semua orang duk pandang aku, aku cakap laaa kenapa pulak ni? salah ke aku bagi orang ni duit nak makan. So aku buat tak tau je dengan jelingan orang lain. Kesian kot kat orang tu. Lepas brader tu cakap telima kasih, aku senyum je. Tetibe ada akak tu duduk sebelah aku:

Akak tu: Dik, bagi dia duit ke tadi?
AKu: Ya  kak, nampak macam kesian sangat, kaki pun takde tu.
Akak tu: Hmm.. xpe jap lagi adik tengok eh.

Aku blur giler masa tu. So bus pun jalan, masa bus jalan akak sebelah aku tu main senggol2 pulak. Dia tunjuk arah luar. AKu rasa macam...eiiiiii....eiiiiii. nak turun jugak time tu... eiiii...geram betul. Korang nak tau? Brader mau makan mau makan tadi tu tengah syok kira duit, dia keluarkan semua duit dalam porch beg dia, seploh ringgit, 50 ringgit pun ada bergumpal sey. Tambah lagi marah bila tetibe masa tu dia angkat phone GUNA WIRELESS BLUETOOTH TU!!! Ambik kau, sekali dah kena tipu.haha.. AKu tak kisah RM5 tu, tapi yang aku marah, adoi brader ni jahat betul fikiran dia.. Idea bernas gila.. Dalam bus aku tak boleh lupa gila peristiwa tu. Tapi takpe, aku harap one day dia kena tangkap! haha menipu lagi. Ni otak bisnes kelentong ni.




Calon Last: Tok Sami budha
Gejala: Meminta sedekah untuk tokong ke ape ntah
Prop: Azimat tiga segi kuning, Rantai beso

Ha, yang ni aku tak banyak cakap. Takut pun ada time pergi mana-mana jumpa orang ni. Amitabha..amitabha.. itu je yang dia cakap. Bila diorang datang and hulur kertas tu aku dengan muka bajet gile aku bagi tapak tangan ngadap dia aku lambai2.. Tanda nya aku tak nak... So dia pun blah. senang je sebab apa aku tak bagi, sebab pertama diorang ni mesti nak buat untuk tokong diorang kan, so itu agama diorang, baik duit tu aku sedekah kat masjid, mudah-,mudahan boleh renovate masjid nanti. Setel. Ni namanya bisnes to bisnes B2B. haha.. 

Sebenarnya aku penat taip ni, macam dah panjang sangat. So ni lah pengalaman aku bila berdepan dengan orang mintak sedekah. Sebenarnya diorang ni pandai buat bisnes...tu yang aku kagum...cuma kadang-kadang cara tu macam tak adil..macam lagu yuna, ini tidak adil tidak adil bagiku.... Kenapa dan mengapa diorang bertindak sedemikian aku tak tau, yang aku tau aku belajar dari pengalaman, xnak dah tertipu, kalau nak bagi pun biar betul2 aku rasa nak bagi...ikhlas katanya... 

Memang sedekah itu amalan mulia tapi kadang-kadang kita perlu berhati-hati dengan sindiket-sindiket sekarang ni. Wuallahualam.

Sedekah Itu Mengikis Sikap Pentingkan Diri



p/s: Jgn tertipu seperti aku.


12 comments:

myra azraff said...

kak,beli la pensel khat saye ni..murah je..

Aiman Isa said...

aaaaa... nicely wrote..

yap.. skrg ni dah ramai pngemis yg pnipu,, so,, nak bezakan pngemis yg btul2 n penipu susah,, ksimpulan,, ramai je yg akan buat tak endah dgn pngemis *sbb ada kes yg ada sindiket kan ?

takpelah tu.. kita bg niat nak nolong.. tp dia trima dgn khianat niat kita.. berat balasan dia nnti.. wa Allah hu alam..

btw.. nicely wrote kak cik :D

Nor Abdullah said...

assalamualaikum.. bika.. suka baca,.. ^^ tak tao nak komen ape.. yg pasti akak baca dan akak rasa best cite bika hehehhe

biQa Hatmin said...

myra: xmo2..cukup lah pensil yang ada tu.hahaha

aiman: beutl2, skrg ni lagilah guna budak2....kesian betul tengok...

Kak nor: terima kasih kak nor..cerita biasa je,,,sembang2 kedai kopi gitu

Nuna Alfe said...

hahaha. memang tu lha realitinya sekarang. biarlah, diorang tipu diorang yang dose. kita yg bagi ni lau niat ikhlas insyaallah dapat pahala. keep up your good work . nice :)

keri ikhwan said...

ade gak time skolah2 dulu style camtuu... tp bg jela...
siap ade dudel tu haha...
cam pelakon la plak ade prop2 nih

Ayie Abas said...

abg ayie pernah kena kat surau puduraya lama dulu. mula2 abg ceramah juga spy jgn meminta2 pd org tapi lepas ceramah hati abg jadi lembut pulak...oleh krn dlm surau abg kasi laa berapa yg ikhlas lebih kurang 8 ringgit kalau abg x lupa.

kat tempat tunggu bas pun kena jugak..tapi di situ abg kasi 50 sen jer. org muda minta duit.

merahitujambu said...

xpela..yang penting kita ikhlas nak sedekah..kalau dh fikir lain x yah laa bagi x ikhlas nama dia..tipu atau tidak itu dia dgn tuhan..biasa kita bagi sedekah org melayu.cina tu x perlu la kot..XD

h A n Y S said...

bila kita dah tau diorang ni under sindiket, nak menghulur pon rasa x ikhlas, haih..

biQa Hatmin said...

Nuna: ye betul tu, xkisha la, rasa nak bagi insya allah bagi ikhlas:)

ker: yelah,ingatan masih subur ni, sebab tu aku boleh membayangkan dalam bentuk dudel..haha

Ayie: dari yang kecik sampai yang tua, kita tetap akan rasa kesian, so beri je seberapa ikhlas yang ada

MIJ: haah, kalau dah pikir kali kedua, kadang2 duit tu xnak kuar pulak dari poket tetibe.haha

Hanys: Rsa nak cari je tokey sindiket tu kan.haha

Aerol Hafiezi said...

seronok baca artikel ni ^^

dong dong23 said...

abercrombie & fitch
christian louboutin flats
kate spade
coach outlet online
michael kors outlet online
north face outlet
cheap jordan shoes
ray ban sunglasses
adidas nmd
cheap jordans
replica watches
beats wireless headphones
adidas originals
polo ralph lauren outlet
coach outlet
lebron james shoes 13
coach outlet online
coach factory outlet
michael kors outlet clearance
michael kors outlet
true religion outlet
ray ban sunglasses
true religion shorts
cheap jordans
toms shoes
michael kors purses
nike factory outlet
kevin durant shoes
oakley sunglasses
ralph lauren outlet
oakley sunglasses
louis vuitton handbags
adidas originals
toms shoes
michael kors outlet clearance
nike roshe flyknit
ralph lauren polo
kobe bryant shoes
air jordans
timberland boots
20167.12wengdongdong