Tuesday, February 7, 2012

Cita-Cita masa Kecik

Tahun 1990-an, perbualan dua beranak:

Abah   : Bika dah besar nak jadi apa?
Bika    : Teletubies bah..
Abah   : Terpengaruh dengan tv la tu.. (abah senyum sambil geleng kepala.. biasalah budak2)

Tahun 2012 perbualan abah dan anaknya sekali lagi:

Abah: Bika, dah grad ni dah pikir nak jadi apa? nak keje apa?
Bika : Nak jadi teletubies bah.. nak keje biasa-biasa je..
Abah : Eiii budak ni... dari dulu sampai sekarang jawapannya sama je.. (menyirap)
Bika  : Abah ajar anak-anak tegas dan berprinsip. Jadi saya tegas dengan prinsip saya nak jadi teletubies.. 

Kali ni abah tak senyum sambil geleng kepala macam zaman 90-an dulu... nak tau abah buat apa? Dia sekeh terus kepala anak dia. hahaha ok korang jangan percaya. 

Bercakap pasal cita-cita zaman kecik ni, memang cita-cita aku dari kecik tak pernah berubah. Nak jadi teletubies. Nak tau kenapa? Sebab kalau tengok teletubies pagi-pagi bangun "Good Morning" pastu nyanyi-nyanyi terlompat-lompat dengan kawan matahari tu. Lepas tu buat lah projek apa-apa misalnya dia cipta or reka sesuatu kat makmal. dah siap , benda tu rosak kemas dan tido. Esok pagi kita bukak tv tengok dia bangun macam tu jugak nyanyi lagi, ketawa lagi, lompat lagi, buat projek lagi dan tido lagi. HAPPY kan?
Memang mimpilah nak hidup macam tu. Bukan hidup tu namanya.haha.

Tadika: Cita-cita nak jadi Teletubies
Darjah 1: Nak jadi teletubies jugak (berpegang teguh lagi )
Darjah 2: Nak jadi Ahli Perniagaan (Jual sticker, jual pemadam kat sekolah)
Darjah 3: Nak jadi Ahli Perniagaan + Sainstis (Masa ni aku reka sesuatu pastu jual...contoh, buat kapal terbang harga 10sen)
Darjah 4: Tak masuk darjah 4 sebab aku lompat terus darjah 5. So aku tak tau ape korang belajar time darjah 4.
Darjah 5: Nak jadi cikgu (sebab masa ni kena pukol dengan cikgu sampai pembaris kayu patah. Dendam tu.. nak rotan anak murid aku plak *abaikan cita2 ni)
Darjah 6: Nak jadi Ahli Perniagaan (sebab masa ni abah niaga kat kantin sekolah. Selalu book makanan untuk member)

Tingkatan 1-3: Masa ni aku tetap dengan prinsip aku nak Berniaga. Tolong abah kat kedai, kat warung buat aku semangat nak berniaga. serius.

Tingkatan 4-5: Masa ni dapat duit banyak hasil kumpul tolong abah niaga. So masa ni lah zaman kealpaan aku membelanjakan wang dengan puas hatinya. Dan masa ni jugak aku takda cita-cita. Dan dengan tiba-tiba mood aku terus down masa form 5 buat aku tak cemerlang sangat dalam SPM. tapi semua kredit la. hahaha

Tingkatan 6: Ni zaman paling down sedown nya bagi aku. Aku tak nak masuk, abah suruh jugak,.. ah xdapat jadi teletubies.. Pastu belajar entah kemana. Dalam kelas duduk hujung sebelah tingkap dan tido... 

Univesrsity: Entah macam mana aku nak apply CIVIL ENGINEERING tersalah tekan ENTREPRENEUR DEVELOPMENT. Tak apa, aku tau mungkin ada hikmahnya semua ni jadi. So redha masuk UNITEN. Masa ni cita-cita aku nak jadi USAHAWAN MUDA WANITA PERTAMA YANG ADA SEJUTA DALAM AKAUN BANK (galak gila semangat). So, aku belajar. Aku tak kejar pointer baik. AKu cuma nak enjoy dalam apa yang aku belajar. Dan serius aku takde minat sangat belajar teori2 ni... Time ni enjoy tak hengat. Tapi aku dah mengorak langkah sikit dengan buat bisnes kecil kecil. (Format laptop, Jual software, Jual Dadih,perfume.. banyak gak la yang dijual. Dadah je aku tak jual) lebih kurang la...hahaha nak hidup kat U punya pasal.

Lepas Grad 2011:

Sekarang aku masih tertanya-tanya sebenarnya apa tujuan hidup aku selama ni? Aku nak jadi apa ni? Setiap pagi itu je yang aku tanya bila duduk tepi tingkap tengok orang lalu lalang kat luar. (drama)

Ikhlas aku kata citacita aku sekarang ialah:

1. Aku nak kerja jadi CLEANER
2. Aku nak kerja jadi POSMEN
3. Aku nak kerja jadi PENGASUH RUMAH ANAK YATIM

Ini serius. Korang jangan ketawakan aku. Aku pilih jadi CLEANER sebab aku seorang yang sangat suka pada kekemasan. Dan entah kenapa bila aku tengok makcik2 jadi cleaner aku tanya dalam hati "Mak Cik, boleh saya tolong tak" tapi aku tak berani nak cakap depan2 makcik tu. PENAKUT

Kedua POSMEN. Kenapa? Sebab aku suka naik motor. Tapi bila aku naik motor semua orang pandang aku macam budak takda wawasan sebab dengan seluar jean, jaket, beg silang. Tapi tetap mengekalkan ciri2 kewanitaan. Hahahaha. Sebab lagi satu, aku nak hantar surat-surat penting untuk orang yang sentiasa menanti surat. Aku suka keje macam ni. Tak tau kenapa.

Ketiga Pengasuh. Kenapa? Sebab aku memang ada niat nak buka rumah anak yatim kalau aku kaya satu hari nanti. Tapi itu semua masih kekal dalam impian dan belum mampu menjadi kenyataan. Aku suka kalau ada rumah anak yatim nak offer aku. FOC pun takpe, asal ada makan dan minum. Untuk part time jadilah. Aku suka layan budak-budak. Dan aku faham apa yang diorang rasa.. Sebab aku pun dah tak ada mak. (Kalau ada jawatan kosong inform aku ye.)hehehe

So, lepas baca ni korang tau tak sebenarnya apa tujuan hidup aku ni? Aku konpius. Offer keje ada, tolak mentah2. Apa nak jadi la aku ni. Aku bukan malas tau. Aku cuma tak suka keje. Lebih lebih lagi keje bank. kalau offer keje bank, serius aku dilema.. Abah mesti suh terima.. tapi aku? suka merepek dengan lukisan entah apa2 ni kan. Aish.. sekarang ni pun aku cuma buat pendapatan sampingan.. dapat lah duit jajan sikit-sikit. Buat freelance bisnes. Walaupun upah tak lumayan, tapi aku enjoy lah jugak. 


SEKADAR BERKONGSI RASA
TAK TAU NAK JADI APA. 
ITU JE.
 *pantun ni..









14 comments:

Lee-kun said...

okeyla wat freelance..ada gak masuk sket2..rezqi ada kt mane2.. ^^

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..kaklimah kalo org nk tny nk jd ap kaklimah senyum xjwb ap tp dlm ati jwb nk jd org gaji..sb kaklimah suke bwat hal2 rmh n masak2 :P

EyqaLuvender said...

dulu kte pon sama gak...nk jd teletubbies,zmn tadika dulula...hehe apepon,semoga kelak kte m'jadi insan b'guna dan b'jaya...

keri ikhwan said...

dari ayat pertama sampaila ayat terakhir , aku gelak x ingat dunia baca entri nih. sengal giler...
tapi aku kagum kalau orng yg pandai bisnes2 ni... kreatif mencari duit
dan cita2 latest tu pelik tapi aku takkan ketawa sebab itu cita2... dan kerja tu satu kerja yg mulia walaupun dipandang rendah manusia...
enjoy2 gak keje, tapi kena ada sesuatu yg tetap untuk jamin masa depan.. kena tentukan dr skang...

Mr. Hardy said...

jadi cita2 kak yong nk jadi teletubbies tu kensel la?hehe (^__^)

Bapak said...

kerjaya yg paling best apabila berkaitan dengan minat kita.

kita bukan sekadar pergi kerja dapat gaji tapi lebih kepuasan hidup

biQa Hatmin said...

lee kun: betul rezeki kat mana2..hehe cuma skrg kena cari yang lebih menjamin ni..tapi cerewet pulak..huhu

eqa: sama lah dengan titew..huhu...

Keri: Ko memang suka gelakkan aku kan..ok2 , ye aku tau kena ada yang menjamin masa depan ..aku tengah tunggu offer la nih..hehe.. jadi cikgu mcm ko je la...

Hardy: haah la min siam.. kak yong dah dewasa kot...

Bapak:betul tu bapak..eh bapak.. :)

Lea Isnawi said...

boleh pulak nak jadi teletubiies ye
kalo dh malas nak keje kan
apa kata bukak bisnes je
haaaaa

Ayie Abas said...

bagus betul laa ayat2 dlm entry nih.

teletubiies memang watak yg riang 24 jam...haha3

cita2 nk jaga anak2 yatim tu ayie doakn moga di makbul kan Allah Taala.^__^

Kongsi Apa2 Aje said...

terbaik..detail gitu. suka baca kisah awak..setiap orang ada kisah masing2..ada cita2 masa "muda" masing2

setiap orang ada rezeki tersendiri..admin suka dgn sikap sederhana kamu. admin pun tak suka "hot2" ni...huhu

biQa Hatmin said...

lea..insya allah ada rezeki leh bukak bisnes.hehe

Ayie.. mekaish ayie...

Admin: sama la kita , tak suka hot2...haha

.........cP~ said...

Bagusla ada freelance nak buat. Saya ni, tak ada idea nak buat freelance pun.

Kyra Hizrina said...

bika, kyra gelak2 mse part bika ckp nk jadi teletubies..tigt kyra, sbb sama lah mcm kyra ni ha..obses gila dkt teletubies dulu spi berangan nk jadi tletubies pastu nk buat rumah mcm tletubies hahahaha!

tapi...

kyra tak gelak part yg cita2 bika..semua org ade cita2 :) teruskan usaha jadi yg tbaik...emm, kyra pun ada target nk keje dekat rmh ank yatim..eh tk, cita2 nk bukak rumah ank yatim .. hihi

dong dong23 said...

abercrombie & fitch
christian louboutin flats
kate spade
coach outlet online
michael kors outlet online
north face outlet
cheap jordan shoes
ray ban sunglasses
adidas nmd
cheap jordans
replica watches
beats wireless headphones
adidas originals
polo ralph lauren outlet
coach outlet
lebron james shoes 13
coach outlet online
coach factory outlet
michael kors outlet clearance
michael kors outlet
true religion outlet
ray ban sunglasses
true religion shorts
cheap jordans
toms shoes
michael kors purses
nike factory outlet
kevin durant shoes
oakley sunglasses
ralph lauren outlet
oakley sunglasses
louis vuitton handbags
adidas originals
toms shoes
michael kors outlet clearance
nike roshe flyknit
ralph lauren polo
kobe bryant shoes
air jordans
timberland boots
20167.12wengdongdong