Monday, February 27, 2012

Rezeki

Assalamualaikum...


TARAA!!! Selepas dua tahun belajar di tadika, kini tiba masa kau melonjak ke alam lebih dewasa sikit. Darjah 1. Lepas Abah dan Emak pindah ke bandar Kulai, aku pun ikut lah jugak. Takkan tinggal kat kampung kan. Masa Darjah 1, berlaku lagi peristiwa yang memalukan dunia kanak-kanak aku. Hari pertama sekolah, aku sesat. Akak aku darjah 6 masa tu, dia pergi mana entah, boleh pulak dia lupa adik dia yang gendut ni duk terpusing-pusing cari pintu gate sekolah. Balik rumah aku nangis.

Abah: Lah, kenapa nangis ni?
Aku: Syesyat.. (bajet pelat)
Abah: Owh... tersesat, malu bertanya tak tahu , tak tahu kemana... bla bla bla...

*JEMMMMM... Boleh pulak abah nyanyi lagu pokok time tu... (nampak sgt menipunya.Ok ni rekaan)

Sebenarnya balik rumah aku duk berguling-guling tak nak pergi sekolah esoknya. Dah lah tak ada kawan, duduk sorang-sorang. Menci! Skema, kena pakai baju sekolah, bawak botol pink gantung, lepas tu jalan dua tiga tapak tersungkur... DEBOOOM... (mana taknye, botol air tu menganggu pergerakan kaki aku.CET!


Dan seperti dulu, sejarah kini berulang! Jeng.. Jeng ...Jeng! Kali ni no power rangers kata abah. So, dah masuk Darjah 1 ni aku dapat beg MICKEY MOUSE rasanya. Tapi lemah betul aku bila dapat warna pink.. semua nak pink... Tapi sebab itu beg baru, aku tak kesah. Jadi terpujuk jugak lah pergi sekolah esok nya... (main kotor abah ni...hahaha ). Kali ni awal-awal akak aku yang nombor berapa ntah, dia dah warning aku sebelum masuk kelas. 

Akak aku: Mok, nanti balik tunggu sini, jangan gerak.Sampai aku datang.
AKu: Sini?? (aku hentakkan kaki tunjuk tanda parking kereta ada gambo orang duduk atas kerusi roda)
Akak aku: Yeeeee...situ je.... tempat lain tak sesuai.. (selamba dia blah)

Aku cuma angguk je. Kurang asam jugak, dekat tempat parking DISABLE dia suruh aku tunggu. Bertuah betul dapat kakak macam ni.CARING sangat. Hahaha.. So settle satu masalah. Lepas dari hari tu aku dah tak sesat.. Serius, masa tu takde google maps or GPS. 


Kalau kat Tadika aku ada kawan rapat, kat Darjah 1 pun ada jugak. Di pendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang budak kecik , tapi sebenarnya sebaya. Nama dia NUR.. (aku main letak je sebab serius aku tak dapat nak recall sape nama budak tu). Elok je budak ni, sopan pun sopan, tak sombong macam budak lain. Yelah masa tu ramai jugak anak orang senang, sedangkan aku anak penebar roti canai. Owh ya, lupa nak cakap, abah aku pindah bandar sebab nak berniaga. Jadi, dia berhenti jadi guru besar sekolah agama masa dekat kampung sebab nak berniaga. Kata dia, dia tak nak selamanya makan gaji macam tu.. Tak ada life bebeh. hahaha... Sebenarnya dia nak cuba memajukan diri. dan Alhamdulillah usaha dia berjaya membuahkan hasil, sekarang dia dah terkenal dengan roti canainya di bustand KULAI. Sape nak rasa jom datang... Aku belanja korang bayar.DEAL.


OK..ok back to the story....


Begini ceritanya, satu hari masa makan dekat kantin aku duduk sebelah NUR. Masa tu aku tengok je dia makan, cuma seketul karipap dengan air sirap. Karipap seposen, air sirap pun seposen tak silap aku. Aku pulak kebetulan hari tu mak bawakkan bekal banyak. Takut sangat anak dia lapar. Perli dalam perihatin je kan..haha.. Rindu nasi lemak arwah mak... :(



Jadi, aku pun tegur lah dia, ajak makan sama. Sebab abah kata lebih baik kalau berkongsi rezeki yang kita terima dengan orang lain. Mula-mula malu je budak NUR ni.. Tapi lepas suapan pertama, terus hilang rasa malunya. Aku pun happy dapat kongsi makan dengan dia.. Sebenarnya, lebih sedap bila makan ramai-ramai dari makan sorang-sorang. Sebenarnya kalau nak diikutkan aku lagi lah tak bawak duit datang sekolah. Bekal makan dan air je yang aku bawak. Yang penting, aku tak lapar...hahaha. Sejak hari tu, selalu aku mintak tapau lebih kat mak.. kalau NUR tak datang, heh heh heh.... faham-faham je lah sape yang makan.hahaha

Ha?? Pasal karipap tu? haha.. jangan risau, aku tak mintak pun karipap budak tu... Aku ni walaupun gemok, aku tak suka mintak orang punya makanan tau. 



Kami terus jadi kawan baik.. Selalu sama-sama, rehat sama, duduk sebelah sebelah, pergi toilet sama-sama. Dan yang paling best, aku dah tak payah tunggu dekat tempat parking DISABLE tu lagi. Sebab setiap petang balik sekolah NUR akan teman aku tunggu akak aku yang CARING tu kat pondok jaga. Itulah nikmatnya bila berkongsi rezeki Allah dengan insan lain yang turut memerlukan.. Kepada NUR, maaf sebab aku lupa siapa kau, siapa nama kau. Yang aku tau ini je kisah kita. Sebab masa masuk darjah 2 kita tak satu kelas lagi. Dan sejak itu, aku percaya, rezeki allah tu luas. (walaupun masa tu aku kecik)

Jadi, berdasarkan pengalaman sendiri, mari kita berkongsi sedikit. Memang... rezeki Allah itu luas..sangat luas. La khaufun 'alaihim walahum yahzanuun.

Begitulah, rezeki itu datangnya dari Allah, dan DIA tidak pernah melupakan kita dan setiap dari kita sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Jadi, janganlah kita terlampau takut, risau..rezeki tu akan lari pada orang lain..JANGAN.... Kita harus percaya, bahawa jika itu bukan rezeki kita, mungkin Allah telah sediakan satu lagi pintu rezeki yang lain buat kita. Jadi tak perlu berebut sampai nak bunuh-bunuh, sampai nak curik mencuri..rasuah..dan lain-lain. Yang penting, kita manusia dikurniakan akal, fikiran.. jadi usahalah mencari rezeki itu, yang pastinya HALAL... Insya Allah rezeki itu tidak akan putus.. Dan bila dikurniakan limpahan rezeki, kenalah kita beringat untuk bersedekah, bayar zakat fitrah.. tanda kesyukuran kita.. Membelanjakan ke jalan Allah. 

Beberapa amalan dipermurahkan rezeki: 

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal






Pantun:

Harini aku jalan kaki,
Mungkin esok aku naik kereta,
Harini ada rezeki,
Esok aku belanja... 



*Penceritaan, nama dan sebagainya adalah hasil gabungan pengalamn dan imaginasi penulis. Terdapat tokok tambah dalam penulisan. Bukan 100% benar.. hahaha (cover)




12 comments:

merahitujambu said...

yeaahh..besok belanja..erkkk..cantik beg sekolah tu..XD

Ayumi Comot said...

saye la nur tu,hakhak...xblah, menipuuu...

ok2, hope nur yg bace ni, teringtla dia kat biqa...jejak kasih balik,huhu...

betul2, believe in ur rezeki..Allah da plan cntik2 da...:)

Azhafizah[フィザ] said...

comel je doodle biQa buat tu..alhamdulillah kalau ade rezeki lebih perlu dikongsi bersama.^^

.........cP~ said...

Alahai..sweetnya lah. Tapi, tak kawan lama ye..

wanabee said...

alaaahaiii...comel nya entry !!
ommeyyy angat .. aha!
masa sekolah rendah dulu makan pun sharing2 ... tukar2 bekal.... kalau tak ada duit...masing2 hulur makanan.... ee..comeey comeeynya bila igt masa dulu ...huwahahaa

but so sad lah ...bila dah besar ni ...benda kecik pun nak mgungkit .. :(

back to entry ...moga2 Allah kurniakan rezeki yg takkan putus ... && kita akan selalu bersyukur ..solat 5waktu utk tunjuk rasa syukur kat Dia ...


nice entry ! keep it up

ridoma said...

Hehe chumel tudung die mcm ninja ek?

Cerita biqa seolah2 membawa pembaca ke zmn tadikanya. santai dan menarik.

Nice. Cume lau biqa leh jadikan satu perenggan, 2 - 3 ayat lebih bagus. Nampak ringkas.

Pepun karya biqa memang awesome ! =)

biQa Hatmin said...

MIJ: esokkks lagi lah yer... haha mentang2 pink suke je dia ni...

Ayumi:Eh awak nur ke? Masih dalam pencarian NUR sebenar..haha.. ye rezeki itu dah ada untuk kita.... usaha jer..insya allah

FIZA: doodle biasa je fiza..hehehe..ye nanti kita kongsi ye/

CP:Ye tak kawan lama... masuk darjah 2 masing2 dah jarang jumpa... sdey..

Wanabee: mekasih.. ehehe itu memang watak utama...

Bila dah besar masing2 ada pendapat sendiri, sangkaan sendiri tu yang lain tu..hehe... aminnn thanks wanabee

ridoma: erk..macam ninja eh.... haha... Ok terima kasih komen tu... lepas ni try buat ringkas2 sikit..hehe sebab bila dah menaip laju je tak sedar dah byk baris...

Thank YOU semua ya...

keri ikhwan said...

setiap kali datang sini memang wajib gelak tergolek... tp ada ilmu dan pengajaran...
tak sia2 jdikan blog ni sbg blog wajib terjah...
*entri ko time dulu2 bnyk jiwang2 haha

biQa Hatmin said...

owh yeke keri? ok entry akan dtg aku cuba tak buat ko tergolek2... ok.. erm entri lepas tu dah lepas..sejak aku selalu terjah blog2 mcm blog ko, kak nor..aku pon terpanggil jugak nak berkongsi walau satu ayat..heeee

amy syifa said...

doodle tu comeyyy sgtt...bag mickey mouse comeyy! dulu masa kecik bwk beg roda.. =P

steffany daph said...

seronok je baca pasal entri ni :D

Ayiesha Sani said...

nice...best bace:-)