Wednesday, February 22, 2012

Kesempurnaan Itu Milik Allah

Assalamualaikum..









Hari ni hari rabu? Wordless Wednesday? Oh tidak, aku tidak mampu menahan kata meluah bicara di sini. 

"Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.."

Pernah dengar dialog tu? Tagline tu? Pergi cari kat youtube. Iklan apa aku tak ingat. Sebenarnya kejelitaan itu milik Allah. Dipinjamkan kepada kita bukan untuk menjadikan kita riak, takabur...

"Dulu saya benci wajah saya, tapi sekarang tidak lagi dengan menggunakan RIMAS wajah saya kembali ceria" (lebih kurang lah..)

Mengapa dibenci akan kekurangan itu? Tidak bersyukurkah kita pada anugerah Allah yang telah memberikan kita mata, hidung, mulut, telinga yang berfungsi dengan baik? Cantik atau tidak siapa kita untuk pertikaikan? Cuba lihat insan yang buta, rompong hidungnya, bisu dan pekak? Tidak bertuah lagikah kita? 

Sepatutnya kita bersyukur... Kita yang sering mencari kesempurnaan pasti akan mengeluh kerana semakin banyak kekurangan yang akan kita jumpa. Mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kesempurnaan itu bukan hanya pada wajah tetapi tingkah laku, akal ,fikiran & lain lain lagi. 

Kita juga tidak boleh merendahkan orang lain, melalui kekurangan mereka. Jangan rasa kitalah yang terbaik. Sedangkan jika dilihat dari sudut lain, pasti banyak lompang-lompang kekurangan yang akan kita temui. Jangan mendabik dada, jangan meninggi diri tanpa sedar kekurangan yang kita ada.

Sebaiknya akui jika ada kekurangan, bukan mengeluh. Perbaiki kekurangan itu kerana mengakui adalah langkah awal untuk memperbaiki. Itu baru betul. Jadi pada sesiapa yang rasa tidak cantik, lemah, tidak ada confident, BANGKIT! Perbaiki segalanya selangkah demi selangkah.Tidak mustahil kekurangan itu akan menjadi kelebihan buat kita satu hari nanti..

Contoh: tengok AMINAH dalam kartun diatas. Sebab dia tak de leher, kepala besor, badan gemok, takde gigi, dia tak jadi dibuli. Last-last tikam je. (ok ni abaikan jugak)

APa yang cuba disampaikan ialah, jangan mengeluh atas kekurangan kita, jangan terlalu berbangga atas kelebihan kita. Dan jangan terlalu mencari kesempurnaan dan merendahkan ketidaksempurnaan.

Berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia, setakat yang termampu. Insya Allah hati akan lebih tenang dan redha. 



Dialog, CREDIT to:
WLA
(Hasil dari penat tergelak semalam...haha)

25 comments:

Farah Hanis said...

Nice one. Like it! :)

merahitujambu said...

comel je..nk gigit mesti xleh ngelat dh..XD

Hidayu Bolia said...

comel! comel gambor tu!betul2...kite salu sgt mngeluh dgn kekurngn diri tapi kite lupe pada org yg jauh bnasib baik drp kite. Kalu org puji plak, jgn la mudah rase tinggi diri..Selalu istighfar...kdg2 sikap tinggi diri ni kite sndiri xsedar kan? halus je perasaan tuh..

ok, ni tzkirah bersama Ustaz Don jugak,huhu (ntah paper)

.........cP~ said...

Nak nampak cantik tu normal, tapi jangan lah membenci nikamt yang ada kan?

Unknown said...

hanis: thanks!

MIJ: ok2...kulit kita tebal mcm baiwak...GULP!.. marah aminah

Ayumi: betul..saling mengingatkan sesama kita :)

Jomtonton said...

Salam,
Wehh.. Waduh apa-apaan ini sih?
Hahaha Bika..Bika..Jangan mengeluh kalau Aminah kena buli :P

Setiap kekurangan itu mesti ada kelebihannya dari faktor yang lain. Mungkin kita kurang dari segi ini, tetapi lebih susuatu dari segi lain.

Manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna, bahkan tiada makhluk yang paling elok penciptaannya bila dibandingkan dengan penciptaan manusia.

"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (At Tiin : 4"

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan. Jangan gedik-gedik nak ubah apa yang Allah tetapkan, konon nak cantik. Walhal, cukur bulu kening pun dah dikira haram. Kecantikan itu hanya mainan nafsu pada pandangan manusia.

Sekian ceramah saya. Wassalam.

Unknown said...

betul CP... jangan sesekali... :)

Unknown said...

Waduh... aminah redha.....

jomtongtong... mekasih atas penambahan tu ya... bagus ceramahnya..hehehe.. bak lembu sekor nak korban..

Jomtonton said...

InsyaAllah kalau ada rezeki.. :P
Kalau nanti datang Ipoh jemput singgah ke restoran titew ye Aminah..

Azhafizah MN said...

setiap ciptaan Allah S.W.T tu cantik ^__^

Unknown said...

eh jomotnton ada kedai makan? gembira mendengarnyeeeeee

fiza: ye betul...semua cantikk..semua indah...

L said...

kiut jer.. belajar dari gmbar lagi rini..=)

jom renung sebentar.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/jahil-dunia-jahil-agama.html

Unknown said...

gila comel aminah

Ayie Abas said...

pd ayie kekurangan aminah tu laa kelebihan dia..buat dia jadi lebih cute...:D

Keri said...

pffftt! haha
bleh plak jadi entri camni yer... bagusla aminah nii..

misskonspirasi said...

senantiasa terima diri seadanya..jangan suka buka / cari kekurangan insan lain kelak terdedah keburukan sendiri..sebenarnya..bersyukur atas nikmatNya..nice je doodle u ni biqa.. meh buatkan tuk misskonspirasi pulak hehe..

Unknown said...

L; Belajar dari gambar, macam budak2 ..back to school.hehee

Azlan: Aminah memang comel...hahaha

Ayie: Hahaha.. betul2

Keri: Ko lah yang nak bunuh dia kan... apepun aminah dah sampaikan apa yang termampu

konspirasi: hehe..setakat doodle bolat2 mcm ni tau la...lain2 tak reti

Nizam Ijam said...

so comel.... :P

cci said...

hahhaha...kesian plak aku nengok... sume tempat nak tikam x dek... tu namanya x sume org sempurna..tp ade kelebihan memasing..kan..kan..

AA said...

AKU INSAF bila baca ni. hehe. betul lah kan, contoh kalau kita ni gemuk, lepas tu kita kutuk diri sendiri. tu maknanya kita menghina ciptaan allah jugak kan? hmmm. nasib i tak gemuk :(

Unknown said...

best je baca ni. yg penting, kita kena humble dan bersyukur dgn ciptaan Tuhan. (:

Unknown said...

www0716

givenchy jewelry
oakley sunglasses
ray ban sunglasses
gucci outlet
ray ban sunglasses
brequet wathes
michael kors outlet
coach outlet
nba jerseys
oakley sunglasses









yanmaneee said...

nike off white
jordan shoes
cheap jordans
kyrie 4
christian louboutin
supreme clothing
nike air max
golden goose sneakers
nike air max
retro jordans

Unknown said...

you could look here replica wallets find replica louis vuitton bags visit the site replica designer bags

Anonymous said...

see it here r6m00s5f13 gucci replica replica bags chicago visit their website m6x62e5y24 louis vuitton replica joy replica bags review replica nappy bags replica gucci bags c4l27b9i08 zeal replica bags