Sunday, February 26, 2012

Sahabat

Assalamualaikum..


Dulu, aku mati-mati nangis tak nak masuk tadika. Sebab apa? Sebab aku kecik lagi masa tu, tak nak bangun pagi, tak nak mandi, tak nak jalan kaki pergi sekolah yang hanya beberapa jam tu. Tapi, lepas abah belikan beg power rangers, semangat laju-laju bangun pagi nak g tadika. Tambah pulak nama tadika aku tu TABIKA..Rasa macam sekolah aku je... eiii mana pulak sesat nama aku dalam akronim tu. Masa aku masuk tu umur aku baru 5 tahun, kira aku ni junior lah.. tak tau apa2 pun.. Dan dialog yang paling membuat aku ingat ialah...

 Cikgu: Alif... Ba.... Ta...
Budak tadika: BIKA!!! (dasar budak kecik.. aku malu-malu kucing je time tu)



Dan masalah aku bila masuk sekolah, aku suka conteng buku, kertas dan meja. Kadang-kadang tu aku ingat lagi kena jentik tangan dengan cikgu. Sape lah cikgu yang bertuah tu.sungguh aku tak mengerti...haha... Kalau lah aku boleh jawab masa tu, nak je aku jawab "saya kan kecik lagi!". Alasan... Sebenarnya aku memang malas, tak suka belajar. 


Sampailah aku jumpa sorang budak tu.. Namanya aku tak berapa ingat, rasanya Syamsul kot.. Dia gagap sikit budaknya.. tapi baik hati dan rajin sangat belajar. Dari situ aku mula berkawan. Mula-mula kawan dengan Syamsul, pastu kawan dengan kawan-kawan dia. BESTnyer...


So, kesimpulannya aku ada dua orang kawan baik. Syamsul dengan Ajib (aku ingat lupa je ni). Syamsul jenis suka belajar, dengar kata cikgu, baik... Selalu aku duduk dengan dia dalam kelas. Tapi Ajib pulak jenis nakal tak hengat dunia. Rasa nak piat-piat je telinga dia tu. Tapi aku kawan jugak, sebab aku tak memilih. 


Aku nak bagitau, bila aku kawan dengan Syamsul, aku rasa macam budak baik je. Balik tadika makan ABC sesama, buat homework pun sama-sama dekat rumah mak dia. (padahal homework mewarna je pun). Balik rumah mesti mak dia teman sampai depan rumah. Sweet betul makcik tu..serius tak ingat siapa.haha


Tapi dengan si Ajib ni aku banyak ikut dia g lastik burung, petik buah koko kat kebun Tok Wan, dan jugak main pasir sampai kotor baju titewwwww... Asal balik dengan Ajib je pasti 100% ada masalah menanti aku di rumah. KAK LONG aku segarang harimau.. eh bukan, lebih spesifik, segarang KOMUNIS tengah tunggu aku dekat depan muka pintu (bukan muka buku). Debush!!!! Akibat balik rumah lambat dan berkeliaran di kampung aku direndam dalam besen.. menci kak long masa tu... rasa nak tarik-tarik je rambut kerinting dia yang macam HAFIZ tu... awan nano betul! 

Tapi tu cerita dulu.. Syamsul dengan AJib tak pernah jumpa lagi lepas aku pindah bandar..cewahhh... Itu je yang aku ingat zaman tadika aku. Yang lain aku lupa. Dan pasal Kak Long aku tu korang jangan risau, sekarang ni dia dah bersara dari KOMUNIS. Dia dah tak serang hendap aku lagi macam zaman dulu. Rambut dia pun dah jadi ala-ala faizal tahir aku rasa.hahahaha.. *pengsan aku kalau dia baca blog ni. Ampun longg...haha.

Sebenarnya aku cuma nak sampaikan, bila berkawan atau berteman, atau bersahabat ni kita kena pilih yang sebaiknya. Bukan sebab kita terlalu memilih, tapi sebab kita tak nak terjebak dengan aktiviti tidak sihat. Sebab??? Pengaruh kawan tu lebih besar dari pengaruh TV..haha.. Aku pun pernah berkawan dengan macam-macam jenis orang. Yang rajin, malas, baik hati, dengki, bla bla bla.. Yang tikam dari belakang tu jangan cerita lah, sampai dah takde tempat nak ditikam belakang aku ni..haha *gurau je. Tapi kita sebenarnya kena jaga diri sendiri bila berkawan. Jangan mudah terpedaya dengan ajakan diorang. Kalau boleh cari yang boleh diajak belajar sama, buat benda bermanfaat. 

Kalau nak cari sahabat yang betul-betul sahabat memang payah rasanya. Ramai yang datang time happy, dan bila kita bermasalah?? Ke mana mereka? Cuci tangan ke?? Tapi sebagai peringatan untuk diri kita, kita jadilah sahabat idaman untuk kawan2 kita.. kita kenalah:

- Bersikap Jujur dan boleh dipercayai
- Boleh membantu sahabat kita yang dalam kesusahan selagi mampu
- Beribadah dan bertoleransi
- Tidak membezakan sesama rakan
- Menjauhi gejala sosial
- Lebih banyak menyertai aktiviti berfaedah

Jadi satu je prinsip aku dalam persahabatan ni. Kalau sampai hari ni aku tak jumpa seorang sahabat yang betul-betul bergelar "sahabat", aku akan cuba untuk jadikan diri aku "sahabat" untuk orang lain. Dan aku paling suka kalau ada orang share masalah dengan aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa pendapat aku sangat lah tidak bernas, sekurang-kurangnya kurang sikit beban perasaan diorang. SO sesapa nak cari pendengar setia, cari aku. Tapi untuk cari pengomen yang bernas, cari bapak aku ya. Hahaha.. Dan aku tak suka cari musuh..walaupun musuh dalam selimut.

Untuk sahabat aku, satu-satunya sahabat aku.. aku buatkan video ni untuk dia.Haha.





Pantun BiQa:
Dekat luar hujan lebat,
Dalam rumah terlompat-lompat,
Carilah sahabat dunia akhirat,
Walaupun bukan senang nak dapat.


17 comments:

Keri said...

terbongkar sudah identiti aminah yg sebenar.. rupanya aminah=biqa time kecik haha...
tergolek2 aku gelak baca entri nih...
walaupun bebudak tu asyik tunjuk ekspresi muka yg sama je tapi comel giler...

Unknown said...

hentikan golekkan ko sekarang keri.. SHhhhh..jangan dedahkan identiti AMinah..risau kalau dani si pembunuh aminah tu dapat detect...hish..hahaha

Hidayu Bolia said...

huhu..comel perangai cik biqa ni mase kecik upernye...

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..comey j :P

haryzkhairuddin said...

nice pantun tu.. ;D

haha..biasa la. time kekanak ribena kan? memang la nakal. ;p

merahitujambu said...

amboi siap buat vedio eh..amboi..kawan dgn laki je..pompuan mana??XD

Unknown said...

Ayumi: tak comel pon buat2 comel je.haha

Kak limah: mekasih..kita tau..hahahahaha *kejam punya gelak

Haris: tq2... biasalah mengimbas zaman muda mudi

MIJ: ala masa kecik kawan pompuan semua sibuk main masak2, emak2, gincu2... xjiwa sgt lah

BiskOt said...

*menjiwai skrip*.. T^T sedih pun ada apabila baca sambil mengelamun teringat 'sahabat'..hoho. sweet la bika ni. xD

Unknown said...

hahaha..ada yang ketawa golek2 ada yang sedih...ajaib betul... haha kite memang sweet2 kurang gula gitu

ridoma said...

seronok baca. macam2 dpt rasa. plg best, katun sume chumel2..

Unknown said...

seronok? duaronok? tigaronok?haha... mekasih ridoma

Azhafizah MN said...

seronok bile ingat time kecik dulu dulu kan..berkawan biar seribu..dalam beribu tu perlu pilih mana yang terbaik untuk kita.^^

Unknown said...

me dulu pun tak suka sngt masuk tadika. hoho, pasal slalu kena buli. lpas tu, sya pula buli org. tpi tak teruk la. biasa budak kecik, sikit kena ejek, nak nangis. ngehehe. maluuu XD

Nana Hana Hatmin said...

aku suh mama bace entry ni nanti~ siap2 la ko.. dia bertukar jadi komunis balik..hahahahahhahahaa

yanmaneee said...

golden goose
chrome hearts online
reebok shoes
louboutin shoes
jordan shoes
chrome hearts online
michael kors outlet
yeezy shoes
yeezy shoes
air max 95

jasonbob said...

moncler jackets
pandora
supreme hoodie
supreme clothing
kobe shoes
nike sb dunk low
yeezy boost 350
stone island jacket
yeezy boost 350
pandora

tiratoez said...

high replica bags i16 p6d74w3f04 buy replica bags online v95 k2o34q9j49 high quality replica bags o07 r5y84n2h69