Tuesday, February 14, 2012

Semalam Adalah Semalam, Hari ini tetap hari ini.

Assalamualaikum.

Aku rasa aku dah tekan kan bahawa, bila aku gembira aku akan melukis. Bila aku sedih aku akan menulis. Jadi jangan terkejut kalau entry kali ni tak ada gambar, doodle atau lain-lain medium seni bersangkutan.
Bukan rasa hati yang aku nak highlight kat sini. Aku cuma ingin menulis apa yang terlintas di fikiran ketika ini. Ok cik HATI, sila diam dan berikan cik FIKIRAN menulis. (monolog sendirian)

Berkaitan dengan tajuk tu...atas tu, semalam adalah semalam dan hari ni tetap hari ni. Aku nak bagitau, aku pernah dilabel dengan pelbagai jenis label (bukan label halal pastinya). Sedikit demi sedikit label2 itu aku cuba padamkan, aku cuba koyakkan aku cuba hilangkan agar bila aku menuju ke alam lagi satu nanti, hanya label yang perlu akan aku bawa.Wuallahualam. Label yang dimaksudkan adalah label yang melambangkan diri sendiri. AKu manusia biasa yang tidak pernah lari dan lepas dari dosa, aku jugak manusia biasa yang tidak lepas dari teleka dibuai masa.

BAYI YANG COMEL:
Uwa....uwekk uwa...uwekk.. itu jelah yang aku tau masa ni. Masa ni aku dapat rasakan ramai yang puji aku, tampo2 aku, gigit2 aku dan cium2 aku sebab waktu aku baby, aku sangat comel, serius aku tak tipu(hahaha). Suci, bersih tiada dosa. Aku bersyukur dilahirkan ke dunia ni. Terima kasih kepada arwah ibu yang berhempas pulas, bertarung nyawa, berputus urat demi melahirkan aku yang kerdil ke dunia ni.

BUDAK PEREMPUAN LASAK
Masa demi masa, aku makin membesar. Dari sini masyarakat keliling umumnya telah melabel aku sebagai seorang budak perempuan yang lasak. Uh... mana tidaknya, dari tadika sampai darjah 6 majoriti kawan2 aku lelaki. Cakap je permainan apa, semua dah aku cuba. Rounders?Bola Sepak? Meriam dalam tin? Galah panjang? Tenteng? Baling selipar? ha malas nak senarai semua. Confirm korang pun pernah main kan. Jadi aku cuma tinggalkan ia sebagai memori zaman kanak2.

PELAJAR YANG MALAS
Ini label yang seharusnya aku buang dulu. Tapi dah lambat. Sekarang aku bukan lagi pelajar. Tapi aku masih belajar tentang erti kehidupan. Masuk kelas buli kawan-kawan, masuk kelas lepas rehat lambat, dalam kelas tido, dalam kelas melukis muka cikgu, dalam kelas main game guna Handphone Nokia 3310. Apa nak jadi aku pun tak tau. Jadi aku tinggalkan juga sebagai kenangan lalu untuk semalam.

REMAJA DAN CINTA
Cinta? Betul memang pernah aku bercinta. Aku bahagia dengan cinta dunia, aku bahagia dengan cinta manusia.. Tapi aku lupa pada CINTANYA.. Aku alpa pada dunia yang sementara. Syukur aku diberi hidayah itu, kini tujuan aku sudah beralih. Kembali bersujud di tikar sejadah, kembali menadah tangan pada yang Esa, kembali memperbaiki kelemahan diri. Insya ALlah

Aku rasa cukup la label general yang aku senaraikan tu. Sekadar bercerita. Dari bayi yang sekecil tapak tangan aku dilahirkan sehingga tapak tangan aku pula diibaratkan sekecil bayi, Aku sudah lalui macam-macam dalam dunia ni. Mungkin tidak sebanyak laluan anda semua, tapi aku dengan diri aku , rasanya banyak jugaklah. Banyak lagi label yang agak kurang sedap walau ditambah garam secukupnya untuk didengar. Tapi aku akan cuba buangkan atau tinggalkan saja label itu dengan masa semalam.

Semalam aku dah merasa menjadi kanak-kanak, aku dah merasa menjadi pelajar, aku dah merasa menjadi remaja aku dah merasa buat apa yang aku suka. Itu semalam, semalam yang aku cuba tinggalkan.

Hari ini tetap hari ini. Hari baru untuk aku mengorak kembali langkah. Hari baru untuk aku kembali mencari jalan sebenar. Berkat doa sahabat handai dan ahli keluarga, aku harap aku mampu membuka satu lembaran baru di hari ini. Moga apa yang bakal dilakukan akan diredhai olehnya. Bukan gelaran wanita solehah yang aku inginkan, bukan juga gelaran sahabat sejati, malah bukan juga gelaran demi gelaran yang dikejar. Cuma biarlah perbuatan itu lebih dari sekadar gelaran, lebih dari sekadar pandangan luar orang lain, lebih kepada keihlasan, lebih kepada kebaikan. Walau beribu halangan aku cuba dan akan terus mencuba sehingga aku mampu menjadi insan yang lebih baik.

Kepada readers, sama ada silent readers atau unsilent, sekiranya ada kesalahan dalam setiap topik penceritaan, aku mohon maaf dari hati ke hati. (muka aku serius ni). Aku tidak sempurna, aku manusia biasa. Itu aku tau.(eh CIK HATI dah menulis). Jika aku menulis tentang agama, bukan kerana aku alim, jika aku menulis tentang cinta bukan bererti aku hamba cinta. Jadi aku adalah aku apa adanya. Apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan jika yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Maka tegurlah sekiranya aku salah, perbetulkan jika aku tidak tahu.

Sebenarnya FIKIRAN dan HATI adalah satu. Apa yang dirasakan, itulah yang mungkin difikirkan. Jadi semoga hari semalam menjadi ikhtibar dalam kehidupan untuk hari ini. Dan hari ini jangan kau toleh melihat hari semalam, kerana banyak lagi yang perlu dilihat untuk masa akan datang. Ingat satu dalam fikiran MATI ITU PASTI. Tinggalkan keburukan, lakukan kebaikan.  Insya ALlah

*Bila malam menjelma, mata aku mula kabur, warna warni siang hari kini menjadi warna kelam di malam hari. Okey rabun warna namanya. Sekian ...


5 comments:

Ayie Abas said...

kata bijak pandai...diri kita adalah apa yg kita lakukn hari ini...smlm hanya laa sejarah.

siti....abg ayie ingatkn tadi gelaran mcm minah motor ker....minah rempit ker...minat doddle ker..haha3

normal laa gelaran2 dlm entry di atas...org lain pun di gelar mcm tu jugak...kan?

Unknown said...

Abg ayie... gelaran minah2 tu malas nak masukkan.... hahahahahaha saje je entry ni...boring...tulis je la apa yang nak

Nana Hana Hatmin said...

baby~ uwekkk~ uwekkkk~ pangggggggggggggggggggggggggggggggggg!!! hahaha

Keri said...

kiranya ko ni masih dlm kalangan org2 yg beruntung sbb masih diberi ruang dan peluang untuk ubah semua tu...
betapa ramai orng yg hanya INGIN berubah tp bertangguh... dan ajal yg tiba2 menjemput menghentikan INGIN yg mereka pendamkan...

Unknown said...

nana: jagan cemarkan page akak yer.haha

keri: alhamdulillah ada ruang tu untuk aku.:)