Wednesday, February 15, 2012

Walkie Talkie Wednesday

Assalamualaikum..



Gambaran di atas adalah petikan perbualan semalam antara aku dan anak buah aku yang berusia 8 tahun dekat FB chat. Sebab hari ni ramai post Wordless Wednesday, bak sini aku buat wordmore wednesday. Dalam hati aku cakap, ei budak ni terpengaruh dengan aku ke? Nak buat blog pulak dia. Tak apa, aku memang suka ajar anak2 sedara aku yang 14orang ni buat macam-macam.Hahaha... Kuasa imaginasi!

Inilah walkie Talkie antara aku dan budak Afiq ni:

Afiq: assalamualaikum, anti Bika
Aku: Waalaikumsalam , Afiq.
Afiq: Anti, Afiq nak bagitau ni.
Aku:Apa?
Afiq: Afiq nak buat BLOGGER boleh?
Aku: Ha?? Blogger ape Fiq?
Afiq: Macam yang anti tulis-tulis tu.
Aku: Hahaha.... Boleh je afiq, buatlah...


So lama gak dia senyap, setengah jam kemudian....

Afiq: Anti dah siap
Aku: Tahniah. Mana? Anti nak tengok.
Afiq: Afiqkacak06@yahoo.com paswed xxxxxxxx

Errr... aku terfikir dia ni bagi aku tengok blog or masuk blog dia. EHehe...biasalah budak lagi. Makan masa jugak dia nak daftar blog tu. Rupanya dia suruh aku tukarkan gambo blog dia jadi gambar NARUTO shipuden.. Alamak, Aku layan jer...

So, semalam aku dah tukarkan header dia, aku buat simple je, malas..hehe.. Semalam sempat gak aku berpesan

"Afiq, buat blog tu boleh tapi jaga bahasa, jangan cakap bukan-bukan dalam blog. Afiq nak tulis boleh, ceritakan pengalaman Afiq, tak pun ilmu yang berguna. Kongsikan ilmu yang baik-baik."

Aku kalau cakap dengan budak afiq ni kena slow sikit biar dia faham. Lepas tu dia jawab OK je. hahaha.. Aku nak tengok jugak macam mana penulisan budak berumur 8 tahun ni. So hari ni aku bukak blog dia. Alamak! Sekali  dia UPDATE ENTRY. Takpe budak baru belajar..biar je dulu.. Itu namanya sesi pembelajaran.

Ni salah satu entry yang aku baca:

"nama saya afiq zaquan mohd hazli saya baru buat blogger  
saya ni orang yang paling kacak di dunia ni"



"kawan baik itu ada 2 ayat kawan baik1 rakan karib2 itu lah kalau kita berpisah kerana itu kita akan bersedih selalu 12 hari 13 malam saya bersedih kerana kawanbaik saya tidak sekolah
kerana  dia pengsan pada pukul 8.00 pagi kerana tidak sihat selepas itu saya bersedih kerana dia jatuh dan perasaan kamu akan bersedih "

itu lah cerita saya terima kaih

wabila hitaufiq walidayah wassammualaium warohmatuah hiwabaaaaaaa rokaaaatu


BLOG AZIB (abang dia 10tahun)

Itu yang aku nak borak kosong harini. Lepas ni aku akan pastikan aku kena pantau blog-blog yang dia follow.hahaha.. risau.... Jangan dia baca rotikaya, beautifulnara sudah.. pitam nak menjawab nanti. 

AKu nak tanya pendapat korang lah kan, kalau macam sekarang ni apa aku boleh buat lagi agar budak ni dapat menmanfaatkan blog dia? Hahahaha...- Aunty yang kerisauan.


*Sempat tulis jugak ni, tetamu VVIP dari malaysia mau sampai... sambut kompang...jumpa lagi.

8 comments:

.........cP~ said...

Hahaha.mungkin dia teruja sekejap je. Tak pun, selalu-selalu la tengok-tengokkan perkembangan blog dia.

Keri said...

adoi... dasat tol budak2 nih.. tergelak baca blog diorang... takpe kasi pantau cukup2... bleh melatuh skil penulisan diorang ni
si Azib tu komen kat blog sendiri plak.. haha

Unknown said...

haha betullah...

keri: tulah pasal, dia masih ingat benda ni macam facebook.hahaha

Unknown said...

hahaha comel je.
nak suruh adik2 buat juga la :D

Ayie Abas said...

siti..masa abg ayie taip respon ni abg belum tgok lagi blog anak sedara siti tu...

lepas ni nk terjah blog diaorg tgok apa yg ada...

ada blog dlm usia 8 thn kira advance laa anak sedara siti nih.

Ayie Abas said...

abg ayie dh tgok dah..
wahhh cantiknya blog diaorg tu
terus abg follow

blog si adik sama mcm blog siti

blog si abg lagi cantik terutama headernya..

caya laa...pd mak sedara diaorg yg confirm jadi perekanya kn? :)

Myra Azraff said...

wahahaha..kemain kacak..siap ade shin chan..

pasni nak buat page Anti-Biqa..mesti ramai yg like.haha.

Suraya Aris said...

wow budak-budak skrg pun dah sibuk nak main blog. dulu kita main teng2 je. haha