Tuesday, February 28, 2012

Kejayaan & Kegagalan

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Sihat? Jarang intro macam ni kan..sweet rasanya... Ok! Tapi hari ni serius sikit. Kejayaan & Kegagalan. Kita semua pernah berjaya ... Pernah gagal... So, jom flashback semula detik kejayaan aku ketika dulu...


Kejayaan pertama aku apabila aku dilantik jadi pengawas perpustakaan masa darjah 2 sampai darjah 5. Masa tu aku dah bangga sangat dah, dengan baju biru, kasut hitam. Ceh... Ada kad pustakawan, so memang cun lah sebab cikgu suka dengan budak yang rajin macam aku ni. Rajin lah sangat. Masa tu abah bangga sangat dah... tapi takde hadiah.. Yang dia pesan, jangan tido dalam perpustakaan. Itu je... Tau-tau je abah ni..terbantut niat aku..haha


Hari demi hari kejayaan demi kejayaan semakin menyelubungi aku. Aku selalu jugak lah dapat markah 100. Tapi ada satu tragedi yang aku tak leh lupa. Masa tu aku dapat markah 100 untuk subjek English. So teacher aku rasa macam tak logik je kan aku dapat full mark. AKu rasa dia memang pandang rendah kat aku, sampai ati teacher....

Ini sedikit review perbualan aku dengan Teacher yang tak percaya akan markah yang dia bagi sendiri tu.

Teacher: Well done Siti, but can i ask you something?
Aku:  Yes teacher, tanya lah.
Teacher: How come you got full marks? 
Aku: Oh man...teacher lupa ke? Kan teacher letak kertas soalan depan saya.

Teacher aku cuma mampu tepuk dahi je masa tu. Salah dia jugak, sapa suruh letak soalan ejaan tu depan aku. Dah la masa tu ujian SPELLING. Aku ternampak dan aku teringat.. Maka aku terdapat 100.. Hehe, sekali je tu benda tu jadik. Tak sengaja. (sebab soalan bagi teacher adalah jawapan bagi kami..) he he he..



Hari yang paling happy masa aku darjah 3. Aku berjaya dinobatkan sebagai pelajar cemerlang yang lulus ujian PTS. Masa tu ujian tu akan bagi advantage kat kita kalau kita lulus, terus lompat darjah 5 dan tak payah nak masuk darjah 4. Sebenarnya aku tak tau pun ape tujuan ujian tu, abah aku je beria belikan aku buku latihan. Tak suka! Hari-hari kena jawab satu set kertas soalan. Lepas tu baru aku faham kenapa abah suruh buat macam tu. Cikgu besar aku kata, lepas ni masuk darjah 5 tau, belajar rajin-rajin. Aku jinak je angguk buat muka comel. Serius malu naik pentas.


Ha...ni lah gambar kami bertiga. Aku, Syah Nazrin dengan Syamsuri. Kami bertiga je yang lulus dan berjaya lompat ke darjah 5. Masa tu galak sakan dapat hadiah dari sekolah RM 10 sorang. Sejak tu rasa macam retisssss je bila jalan kat sekolah. Semua pandang.. dan ayat diorang mesti "Eh, adik ni yang lompat tu kan?".. Dalam hati aku bila masa pulak aku melompat.. aku jalan elok je walaupun terkedek-kedek sikit. (padahal perasaan je aku ni) 

Syah sekarang tak silap sambung belajar kat Jordan, Syamsuri pulak Universiti Petronas.. Maybe diorang dah kerja sekarang ni. Dulu rapat jugak kitorg ni.. Tapi sekarang ada add dekat FB tapi tak bertegur pun...uhuk2.. Majuk! Hehe .. Syah & SYam.. semoga korang berjaya dunia akhirat ye.



Kejayaan yang paling bermakna bagi aku  sudah tentulah bila aku dapat buatkan mak dan abah tersenyum. Itu kejayaan aku yang sangat bermakna. Tanpa ajaran dan didikan abah yang suruh aku buat itu dan ini, dah tentu aku takkan jadi seperti sekarang ni. Kan. Jimat masa aku setahun. Hahaha.. Mekasih ABAH!

 Mak jugak sebab tak jemu bagi aku makanan yang sihat sampai aku jadi SIHAT sangat dan otak aku cerdas jugak. Tak lupa jugak,  setiap kali mak buat kuih, aku akan makan tak berhenti2... Sebab sedap sangat..Haha.. Mekasih MAK!

Dulu abah ajar macam ni:

1. Salin karangan yang sama 5 kali sehari.
2. Buat soalan ujian PTS satu hari seberapa banyak set yang mampu.Kalau boleh satu buku
    pon ok sebab abah dah standby satu kedai buku untuk aku.
3. Bagi aku minum air redbull sebelum pergi sekolah *aku tak tau ape motif, nak kata aku 
    athlete bukan.hahaha..

Itu je.. Kalau nak anak korang melompat jugak, buatlah..hahaha..

Ok tamat kisah kejayaan aku yang tak seberapa tu, yelah zaman kanak2 apa ada hal kan. Dah lama dah pun berlalu. Tapi aku bersyukur!



Itu tentang kejayaan. Itu yang aku kongsikan. Tapi aku juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan kegagalan.  Ya! Aku pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Tapi biarlah kegagalan itu aku jadikan pelonjak semangat dan iktibar di masa akan datang.

Sebagai seorang manusia, berjaya dan gagal itu adat dalam kehidupan kita. Jadi, sama ada kita berjaya atau tidak itu terpulang pada diri kita. Tapi jangan lah sampai kita terlampau taksub mengejar kejayaan hingga lupa pada Allah. Ingat, Allah itu sentiasa di sisi kita. Kita berjaya kerana dia ingin menguji kita dari sifat bangga diri, takbur, bongkak dan angkuh. Kita gagal kerana dia nak uji kita dengan sifat sabar, redha , pasrah  dan belajar dari kesilapan lalu. 

Jadi, adakah kita hanya ingat dia bila kita susah? Bila kita gagal? Atau kita langsung tak ingat dia dalam kejayaan atau kegagalan kita? Sebab tu jadi macam ni:






GAGAL buat otak kita tak rasional. Buat kita lupa apa arah tuju hidup kita, apa tujuan kita lahir di muka bumi ni? Situasi kat atas tu sering terjadi bila seseorang tu menghadapi kegagalan dalam hidup dia. Entah apa yang difikirkan hingga mampu membunuh diri?  Masalah EKONOMI, CINTA, JIWA dan lain2 boleh buat kita tak tentu arah. Tapi jangan sampai kita melakukan perkara yang dimurkai Allah, yang menambahkan lagi catitan dosa kita.

Terjun bangunan yang kelajuan junaman ke bawah adalah  150km sejam. Gantung diri dekat kipas 5 bilah, potong urat nadi macam nak putuskan urat marih ayam, cabut gigi sampai mati, cekik diri sendiri untuk mematikan diri, hisap ganja, hisap gam, hisap lolipop (ni bukan).. Masalahnya korang akan mati ke? Siapa kita untuk tentukan kita akan mati masa kita terjun tu? Ajal maut tu ditangan tuhan. 

Kalau buat cubaan bunuh diri tapi tak berjaya mati dengan jayanya, korang akan menambah lagi satu beban pada diri sendiri dan orang lain. Masa tu lah nanti nak duduk atas WILCHA..  Nak makan guna tube... Nak pakai pampers semula. Nak macam tu?  Itu yang aku terfikir bila tengok orang cuba bunuh diri ni.

Sepatutnya bila berjaya kita jangan sesekali lupa pada Allah, bersyukur pada Allah sebab KEJAYAAN itu jugak adalah rezeki buat kita, datangnya dari ALLAH. Semua milik ALLAH! Dan ketika kita dalam kegagalan, percaya dan yakin pada DIA. Yang penting apa pun yang terjadi jangan kita lupa siapa pencipta kita. Dan teruskan usaha tanpa putus asa. Allah itu takkan pernah lupa pada kita.

Jadi, berjaya atau tidak..segalanya dihujung jari anda.. Eh silap.. berjaya atau tidak, kita kena usaha tanpa jemu dan putus ada. Kerana kegagalan dalam kemuliaan itu lebih baik dari kejayaan dalam penghinaan. Renungkan.

 “..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.” – az Zumar : 53

Takde pantun, tukar lagu:

"Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tak menentu.."
-Lagu kau boleh.



21 comments:

beescode said...

baru nak serius baca, tak nak gelak2..tapi sampai je ayat "cabut gigi sampai mati"... terus tak boleh kawal.. xD!! sangat menasihati...

merahitujambu said...

pandainyaa bika.. x sangka sy kawan dgn budak pandai

Unknown said...

cekot: dah cuba serius... sangat serius masa tulis ni...


MIJ: mana ada pandai.. tu ujian budak2 kecik je..

.........cP~ said...

Hak hak .sama la kita budak PTS. Masa tu rasa cuma tu je la cara nak berjaya. Sebab saya budak tak popular kat sekolah.Kalau tak belajar pandai tak ada siapa nak kawan. Haha. kmai 3 orang jugak. Sorang dah jadi cikgu, sorang dah kerja bank tak silap, dah kahwin dua-dua. Tinggal saya sorang la masih cari kerja dan single. Muahaha.

blog-tips-kurus said...

saya tak PTS pon.. huhu!

*sukanya cerita ni. :)

Unknown said...

CP: haha..sama lah kita... hehehe tapi kdg2 rugi plak terlepas darjah 4.haha.. single lagi eh....sama2

Blog tip kurus: hehe.. dulu takt au erti PTS tu ape... mekasih suke..hehe

khatgrafik said...

Part cekik diri sendiri tu memang takleh blah.. teringat Dani.. hahaha..

Titew kawan dengan budak pandai upenyer.. suker..suker.. :)

Azhafizah MN said...

patutlah dapat full mark..hebat mengingat tu..hihi..ape pun kejayaan itu atas usaha kita sendiri dengan izin-Nya juga.

Unknown said...

Jomtongtong: Hahaha kita kawan dengan org hebat....iaitu JT....hehe haah part cekik diri tu memang terbyg dani yang cekik..haha

Fiza: sesekali takpe.hahaha

scya lollita said...

cik scya batch pertama takda PTS T__T
sedih sgt pdhal masa drjah 2 bkobar2 nak baik drjah 3 smate nk amek PTS

Abiggaill said...

i love this entry! soft reminder :)

Ayie Abas said...

terima laa kegagalan dgn hati yg terbuka dan usaha semula spy berjaya...buknnya buat perkara2 yg menyakitkn diri...x begitu si aminah?...haha3

mana si aminah ni...? demam ker dia siti? :D

Diari Si Froggie said...

sabikah yang pandai.. comey je doodle dia.. semoga kejayaan milik anda :)

Aida singgah dari blog Azhafizah yang ada entry tentang besday sabikah :) salam perkenalan.

Keri said...

rasa cam dah komen ritu. lupa tekan button publish ur comment kot haha.
gile rajin ko time skolah rendah. siap ada buku latihan PTS lg... aku sampai naik dajah 5 bru paham PTS tu menda...

CikTeddyCorner said...

wah...suke la entri ni..huhu
well,kejayaan n kegagalan,itulah kehidupan.hehe


pss::sorry,lame x singgah..busy.huk3

suzie rahman said...

salam wah sweet nye doodle n nice entry.

Unknown said...

nice sharing biqa :)

Unknown said...

bersyukur dgn setiap kejayaan yg ada. tak kisah la kejayaan besar ataupun kecik. (:

Unknown said...

www0716
lakers jerseys
ugg outlet
oakley sunglasses
ferragamo outlet
pandora jewelry
christian louboutin shoes
coach outlet
ralph lauren polo
kd 10 elite
michael kors outlet










zzyytt said...

air max
yeezy
goyard online
nike air force
foamposites
converse outlet store
kate spade outlet
pure boost
kyrie 3
timberland shoes

yanmaneee said...

nike off white
jordan shoes
cheap jordans
kyrie 4
christian louboutin
supreme clothing
nike air max
golden goose sneakers
nike air max
retro jordans